awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak patah tangan tersepit pada rim motosikal ibu

Astro Awani
Astro Awani
01/05/2017
03:23 MYT
Kanak-kanak patah tangan tersepit pada rim motosikal ibu
Video insiden seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit di rim motosikal menjadi tular di media sosial.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun patah tangan kiri selepas tersepit di rim motosikal ibunya.
Kejadian berlaku ketika mangsa yang sedang membonceng motosikal yang ditunggang ibunya itu cuba mengambil baju sejuk sebelum terjatuh dan tangannya tersepit.
Orang awam yang menyaksikan kejadian segera membantu mengeluarkan tangan mangsa dari rim motosikal.
Kejadian berlaku di Jalan Simpang Kuala di sini, pada Ahad.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazeri Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.58 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
Setibanya di tempat kejadian didapati tangan seorang kanak-kanak lelaki tersepit pada motosikal telah berjaya dikeluarkan orang awam.
Mangsa kemudian diserahkan kepada ambulans untuk dibawa ke ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Hospital
#Kanak-kanak
#rim motosikal
#simpang kulai
#tangan patah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan