Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara

Kanak-kanak perempuan 3 tahun maut ditikam di dada oleh bapa saudara
Polis berjaya memberkas suspek yang juga merupakan penganggur sejurus kejadian itu. - Foto PDRM
KEMAMAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut ditikam oleh bapa saudaranya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang Ahad di Felda Cerul 2 Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata mangsa telah ditikam di bahagian dada oleh suspek yang berusia 26 tahun.

Menurutnya mangsa kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Cheneh untuk mendapatkan rawatan.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa ditikam dengan menggunakan pisau pemotong sayur di bahagian dada.

Menurut Hanyan lagi pihaknya juga berjaya memberkas suspek yang juga merupakan penganggur sejurus kejadian itu.

Hasil ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Mayat mangsa seterusnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.

Kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Tag: Felda, Hospital, Kemaman, polis, maut, Dadah, Kanak-kanak, ditikam di dada



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.