Tutup

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut terjatuh lubang kumbahan

Kanak-kanak perempuan 5 tahun maut terjatuh lubang kumbahan
Jenazah Nurarisha Abdullah, 5 tahun, ditemui orang awam dalam keadaan terapung kira-kira jam 9.00 malam sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam tangki kumbahan di Batu 5, Jalan Gambang di sini malam tadi.

Jenazah Nurarisha Abdullah, 5 tahun, ditemui orang awam dalam keadaan terapung kira-kira jam 9.00 malam sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota ke lokasi selepas menerima panggilan jam 9.05 malam.

Mayat mangsa berjaya dikeluarkan jam 9.33 malam.
Terdahulu, kanak-kanak tersebut disedari hilang oleh ibunya selepas keluar bermain petang semalam.

Mmangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang yang pada asalnya dikatakan tertutup dengan zink. - Foto Astro AWANI

Kehilangan kanak-kanak tersebut kemudiannya ditularkan di laman sosial Facebook oleh ibunya untuk meminta kerjasama netizen mengesan anaknya itu.

Difahamkan, anak ketiga daripada empat beradik itu bersama sekumpulan kanak-kanak bermain di kawasan sebuah rumah yang terletak kira-kira 500 meter daripada rumah mangsa petang semalam.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam lubang yang pada asalnya dikatakan tertutup dengan zink.

Beberapa hari lepas, mayat Mohammad Anas Hadif Ahmad Hafiz, 3 tahun, juga ditemui dalam lubang kumbahan di kawasan kuarters Balai Polis Pasir Puteh di Ipoh, juga dipercayai akibat terjatuh.


Tag: Facebook, Pahang, Ipoh, polis, maut, bomba, Kanak-kanak, mayat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM, kumbahan, jatuh lubang kumbahan, kanak-kanak maut



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.