awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan cedera akibat digigit anjing peliharaan jiran

Bernama
Bernama
29/06/2019
15:15 MYT
Kanak-kanak perempuan cedera akibat digigit anjing peliharaan jiran
Kanak-kanak berusia 11 tahun cedera parah di muka selepas diserang anjing ketika bermain di rumah jirannya. - Foto Sinar Harian/Ihsan pembaca
Seorang kanak-kanak perempuan cedera parah di muka dan beberapa bahagian badan akibat digigit seekor anjing peliharaan jirannya dalam kejadian di Taman Makmur, Endau dekat Mersing, dua hari lepas.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika kanak-kanak berumur 11 tahun itu sedang bermain di rumah jirannya.
"Kejadian dipercayai berlaku setelah tali rantai pengikat anjing itu tercabut. Anjing tersebut yang merupakan anjing baka campuran, bertindak menggigit bahagian muka dan beberapa bahagian badan mangsa," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Rompin, Pahang untuk rawatan awal, sebelum keluarganya kemudian menghantarnya ke hospital pakar untuk rawatan lanjut.
Katanya siasatan awal mendapati pemilik anjing berkenaan tidak mempunyai sebarang permit atau lesen untuk memiliki anjing itu dan kes tersebut disiasat lanjut mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian berkenaan dengan haiwan.
Pihak veterinar juga sedang menyiasat dan memantau sama ada anjing tersebut mempunyai sebarang penyakit berjangkit, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anjing
#cedera parah
#Cyril Edward Nuing
#Endau
#gigit
#Hospital Rompin
#jiran
#Kanak-kanak
#lesen
#mangsa
#Mersing
#Muka
#pemilik anjing
#penyakit berjangkit
#permit
#polis
#siasatan
#Taman Makmur
#Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan