announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kanak-kanak perempuan ditemui mati di rumah kosong

Kanak-kanak perempuan ditemui mati di rumah kosong
Nursyafiqah Abdullah
DUNGUN: Seorang kanak-kanak perempuan  dua tahun ditemui mati di dalam sebuah rumah teres tidak berpenghuni di kawasan perumahan Taman Permint fasa dua Seberang Paka, Dungun petang Selasa.

Mayat Nursyafiqah Abdullah dua tahun ditemui oleh seorang pengawal keselamatan dalam keadaan mula mereput selain ada kesan darah kira -kira jam 3.30 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K.Manoharan berkata ketika tiba di kawasan itu, pengawal keselamatan berusia 31 tahun itu terlihat pintu utama rumah berkenaan terbuka dan terhidu bau busuk.



 
Dalam pada itu, Nursyafiqah dilaporkan hilang  sejak 17 Januari lalu. Ibunya Rabiatul Adawiyah Mamat, 28, tahun dikatakan meninggalkan kanak-kanak terbabit di dalam sebuah kereta di depan sebuah kedai makan di Kuala Paka, dalam keadaan pintu kenderaannya tidak berkunci  untuk  menemui seorang rakan kira-kira jam 7.30 petang.

Sejurus kembali ke keretanya, beliau yang bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di bandar Paka mendapati anaknya hilang.

Dalam laporan polisnya, Rabiatul berkata, dia sebelum ini penah menerima ugutan bunuh.


Sementara itu di laman media sosial Facebook dan Twitter, ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan foto kanak-kanak berkenaan. Tindakan itu menyebabkan mendapat reaksi keras beberapa pengguna laman media sosial termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.