Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam baldi di sebuah tandas di Meru di sini pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar 5 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia sekitar 10.30 pagi semalam di Hospital Raja Permaisuri Bainun( HRPB).
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong yang mengesahkan perkara itu berkata berikutan itu seorang lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berusia 31 dan 41 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Siasatan awal mendapati bayi tersebut telah membuang air besar di mana suspek lelaki telah membawanya ke pejabatnya sementara suspek wanita iaitu ibu mangsa menunggu di dalam kenderaan.
“Kemudian, suspek lelaki telah turun dalam keadaan cemas dan memberitahu wanita tersebut bahawa mangsa terjatuh dalam baldi dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Menurutnya, kedua-dua suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dan penyelia sewa kereta berkenaan telah membawa bayi tersebut ke HRPB sebelum mangsa disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat sekitar 10.30 pagi mendapati punca kematian adalah “drowning” atau mati lemas, dan siasatan awal mendapati kecuaian sehingga mangsa terjatuh ke dalam baldi dan menyebabkan mati lemas.
“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan kedua-dua suspek telah ditahan bagi siasatan lanjut,” ujarnya lagi.
Nazialita Geynna Maharan
Thu May 25 2017
Menurut Sum (gambar), dalam kejadian sekitar 8.30 pagi itu, Fatini Aleysha Abdul Karim disahkan meninggal dunia sekitar 10 malam di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. - Gambar hiasan
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Isu penceramah pro-Zionis: 'Keluar! Anda tidak dialukan di negara ini!' - Rakyat Malaysia
Pada Rabu, Universiti Malaya (UM) mendapat kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dalam ceramahnya di universiti.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Manchester City buka sekolah di Vietnam
Dwight School Hanoi sedia membentuk bakat muda di kampus termaju seluas 41,000 kaki persegi di The Manor Central Park, Hanoi.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek