Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang kritikal akibat terkena lebih 60 sengatan tebuan disahkan meninggal dunia awal pagi tadi.
Mangsa Nur Nazihah Mohd Sabri meninggal dunia pukul 1.30 pagi ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata kematian mangsa disebabkan kegagalan organ dalaman akibat toksin yang banyak berpunca daripada sengatan tebuan.
"Mangsa yang dimasukkan ke HSNZ pada 9.17 malam semalam dari Hospital Dungun mempunyai 65 kesan sengatan tebuan," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, ibu mangsa Rohayu Mat Lazim, 39, ketika dihubungi Bernama berkata jenazah anak ketiga daripada lima beradik itu dibawa pulang ke Kerteh dan akan dikebumikan di tanah perkuburan Kerteh 5, di Dungun pagi ini.
"Sedih sangat, tidak sangka hilang anak sekelip mata namun saya reda dengan ujian Allah ini. Seorang lagi anak masih dalam pemantauan doktor di HSNZ... semoga dia cepat sembuh seperti biasa," katanya sebak.
Semalam, Bernama melaporkan dua beradik, seorang daripadanya dalam keadaan kritikal, terpaksa dikejarkan ke HSNZ, selepas terkena sengatan tebuan dalam kejadian kira-kira 3 petang di kawasan berbukit berhampiran rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun.
Ibu mangsa berkata Nur Nazihah dan adiknya, Muhamad Azib, 6, sedang bermain-main dengan beberapa kawan serta seorang lagi kakak mereka yang berusia 11 tahun.
Kejadian disedari apabila anak lelakinya itu meluru masuk ke rumah dalam kesakitan dan memberitahu kakaknya teruk disengat tebuan.
Rohayu menghantar kedua-dua anaknya ke Klinik Ketengah Jaya sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan dan seterusnya ke HSNZ tidak lama selepas itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 31 2020
Nur Nazihah yang terkena lebih 60 sengatan tebuan meninggal dunia pukul 1.30 pagi. -Gambar hiasan
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Doa dan kenangan buat pejuang
Titipan doa Wartawan Ridauddin Daud buat pejuang negara yang meninggal dunia dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
Pelajar cedera dihempap dinding runtuh stabil
Pelajar itu kini sedang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas kedua-dua belah pahanya cedera dihempap dinding konkrit.
Lelaki cedera parah akibat tertembak ketika memburu
Suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan selaras senapang patah bagi tujuan memburu pelanduk.
Ustaz Azhar semakin sihat, perlu jalani rawatan susulan
Ia berdasarkan perkembangan terbaharu beliau melalui sekeping gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial Facebook menggunakan nama pena Dean Al-Barakah pada Jumaat.
Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.
Abdul Hadi melawat Ustaz Azhar di hospital
Ustaz Azhar dipercayai menerima rawatan akibat mengalami masalah kesihatan melibatkan paru-paru.
Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.
Ustaz Azhar Idrus dirawat di hospital
Penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana mengalami masalah kesihatan.
Suami isteri maut, tujuh cedera nahas empat kenderaan
Pasangan suami isteri maut manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di kilometer (km) 41.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Kampung Selawa, Merchang, Marang.
Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Bayi perempuan ditemukan di wakaf tepi jalan
Bayi tersebut ditemui oleh dua orang pemuda yang sedang memberhentikan kereta untuk menyejukkan enjin di tepi jalan.