Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Peninsula, Kampung Melayu di sini, awal pagi ini.
Menurut Pemangku Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Tiong Ling Hii, identiti mangsa dikenal pasti sebagai Siti Nur Hidayah Zamri.
Ketika kejadian, katanya, mangsa tinggal berdua di rumah berkenaan bersama datuknya yang berusia 62 tahun.
Datuknya, walau bagaimanapun, terselamat.
"Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 4.17 pagi dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota diatur gerak ke lokasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng.
"Apabila tiba di lokasi, rumah dengan struktur tidak kekal berukuran 20 x 18 kaki itu telah musnah sepenuhnya.
Kata Ling Hii, mayat mangsa ditemui ketika kerja-kerja overhaul dan siasatan awal dilakukan.
Mangsa merupakan anak ketiga daripada empat adik beradik, dengan ahli keluarga yang lain tinggal kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.
Kata Ling Hii, pihak polis telah dimaklumkan dan pasukan forensik sedang melaksanakan siasatan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Rudi Affendi Khalik
Tue Oct 22 2019
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun rentung dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah di Jalan Peninsula, Kampung Melayu di sini, awal pagi ini.
Mo Salah jalani latihan sebelum bersahur
Bintang Liverpool Mohamed Salah memuat naik video menjalani latihan awal pagi sempena bulan Ramadan.
Kerajaan Perpaduan jamin setiap penyelesaian sempadan maritim tidak jejas kedaulatan negara
Kerajaan Perpaduan memberi jaminan bahawa setiap keputusan dalam penyelesaian persempadanan maritim Malaysia dengan negara jiran tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.
Lelaki didakwa ambil dadah, curi kenderaan, langggar mati warga emas
Lee Han Chai, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.
Pengarah syarikat umrah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
Syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia membayar balik tuntutan wang kepada lapan mangsa.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Empat lelaki belasah pelajar ditahan
Seramai empat lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan melibatkan pelajar di hadapan sebuah sekolah, pada Khamis lalu.
Perancis arah PBB segerakan gencatan senjata di Gaza
Duta Besar Perancis ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menempelak Majlis Keselamatan PBB yang masih belum capai keputusan menamatkan konflik di Gaza.
Stoking kalimah Allah: Agong murka, titah tindakan keras terhadap pelaku
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
Dua pengarah syarikat didakwa gagal patuhi perintah tribunal
Sebuah syarikat pengendali umrah didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award tribunal tuntutan pengguna Malaysia.
Agong kurnia darjah kebesaran kepada 33 individu
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 33 individu sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 di Istana Negara.
Kanak-kanak rentung dalam kebakaran awal pagi
Ketika kejadian, katanya, mangsa tinggal berdua di rumah berkenaan bersama datuknya yang berusia 62 tahun.