awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejuta bayi lahir di kawasan bencana Asia menderita kekurangan makanan, rawatan
235,000 penduduk Gaza terjejas akibat kesan musim sejuk 'buatan manusia' - Ketua UNRWA
Melaka FC belum putuskan ketua jurulatih baharu, hormati keputusan Devan, Subramaniam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
19/10/2019
04:46 MYT
Kanak-kanak terperangkap atas bumbung, cuba selamatkan anak kucing
Usaha menyelamatkan kanak-kanak itu digerakkan dengan kekuatan empat anggota yang menggunakan tangga. Foto ihsan JBPM
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terperangkap hampir 30 minit di atas bumbung sebuah kompleks membeli belah di sini selepas cuba menyelamatkan anak kucing malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa yang juga kanak-kanak etnik Rohingya dipercayai melihat anak kucing terperangkap di atas bumbung bangunan berkenaan sebelum memanjat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.06 tengah malam.
"Jentera bomba tiba lima minit kemudian.
"Usaha menyelamatkan kanak-kanak itu digerakkan dengan kekuatan empat anggota yang menggunakan tangga," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa terperangkap hampir 30 minit sebelum anggota bomba berjaya menyelamatkannya.
“Mangsa tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada penjaganya,” katanya.
Foto ihsan JBPM
Foto ihsan JBPM
Topic Berkaitan
#anak kucing
#bomba
#bumbung
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Kanak-kanak
#Kompleks Beli Belah
#mangsa
#Pahang
#Rohingya
#terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan