awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal mewah Equanimity tidak dibuka untuk tontonan orang ramai - Dr Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
11/08/2018
08:18 MYT
Kapal mewah Equanimity tidak dibuka untuk tontonan orang ramai - Dr Mahathir
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (dua, kanan) disambut oleh Kapten kapal layar mewah Equanimity, Oyastein Senneseth (kiri) ketika melawat kapal itu di Terminal Bousttead Cruise Centre, Pulau Indah, hari ini. - Foto Bernama
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kapal mewah Equanimity tidak akan dibuka kepada tontonan awam untuk mengelakkan sebarang kerosakan.
Perdana Menteri menjelaskan, sebarang kecacatan ke atas kapal itu akan menjejaskan harganya apabila dijual nanti.
"Kapal ini sangat mewah dan kita tidak mahu menjejaskan nilainya kerana kita mahu menjualnya," katanya semasa sidang media selepas membuat tinjauan kira-kira satu jam di atas kapal mewah Equanimity di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang di sini, hari ini.
Dalam pada itu katanya, fasiliti kapal itu diibarat terlalu mewah dan tidak pernah dilihatnya sebelum ini.
"Terlalu mewah, apa yang kita fikir tentang kemewahan semuanya ada dalam kapal ini, semua kemudahan ada, jika anda memasuki bilik tidur utama, anda akan dapat melihat pemandangan langit," jelasnya.
Sementara itu jelas Dr Mahathir, Amerika Syarikat juga sudah mengesahkan bahawa kapal pesiar mewah Equanimity sememangnya milik Malaysia.
"Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) juga mengesahkan Malaysia bukan sahaja berhak menyimpan malah juga berhak menjual kapal itu untuk meraih semua wang tersebut.
"Siasatan DoJ juga mengesahkan kapal itu dibeli oleh ahli perniagaan, Jho Taek Low menggunakan duit yang dicuri dari 1MDB," katanya.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Equanimity
#kapal mewah
#kapal persiaran
#Mahathir Mohamad
#Malaysia
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan