awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal tangki 'Vier Harmoni' dilarikan - APMM

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2016
04:54 MYT
Kapal tangki 'Vier Harmoni' dilarikan - APMM
Kapal Vier Harmoni belayar dari pelabuhan Tanjung Pelepas pada Isnin membawa muatan diesel dengan nilai anggaran RM1.57 juta (AS$392,795).
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesahkan sebuah kapal tangki minyak milik Indonesia, MT Vier Harmoni, yang membawa 900,000 liter diesel bernilai RM1.57 juta, hilang di perairan Malaysia, petang semalam.
Menurut APMM, kapal itu sepatutnya berada di sekitar perairan Kuantan, namun telah dilarikan.
APMM, dalam satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya pagi tadi, berkata gerakan mencari kapal berkenaan diaktifkan awal pagi tadi.
Sementara itu, Ketua Pengarah APMM, Datuk Ahmad Puzi Abu Kahar dalam kenyataan terbaharu yang dimuat naik di akaun Twitternya berkata beliau telah menghubungi rakan sejawatnya di Indonesia dan dimaklumkan bahawa kapal tangki itu berada di perairan Batam bersama muatan diesel berkenaan.
#MTVierHarmoni bersama muatan dipercayai dibawa lari ke Batam membawa 900,000 liter diesel dianggarkan bernilai RM1.57juta.
— Ahmad Puzi Ab Kahar (@KPMaritimMsia) August 17, 2016
MTVierHarmoni didaftrkan diBatam dilaporkan hilang, disyaki dilarikan diperairan Kuantan Port. APMM lancar siasatan. pic.twitter.com/BTg2wVHrqO
— Ahmad Puzi Ab Kahar (@KPMaritimMsia) August 17, 2016
#MTVierHarmoni. Pagi tadi rakan sejawat Indonesia tlh dihubungi utk bersama menjejaki. Kini MT VH disahkan berada di perairan Batam.
— Ahmad Puzi Ab Kahar (@KPMaritimMsia) August 17, 2016
Katanya, siasatan awal mendapati, kapal berkenaan yang didaftarkan di Batam telah dilarikan atas sebab masalah dalaman.
#MTVierHarmoni. Siasatan awal menunjukkan kapal dilarikan atas sebab masalah dalaman. Siasatan lanjut sedang dilaksanakan.
— Ahmad Puzi Ab Kahar (@KPMaritimMsia) August 17, 2016
Siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa Indonesia.
Topic Berkaitan
#000 liter diesel
#900
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#APMM
#kapal tangki
#Vier Harmoni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan