Karakter animasi Upin dan Ipin diangkat sebagai duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk rakyat Malaysia.
"Watak Upin dan Ipin ini menggambarkan masyarakat majmuk yang saling menghormati, saling menghormati dan ini yang kita mahu bawa dalam kehidupan rakyat.
"Animasi ini juga berperanan dalam mempromosikan keharmonian, kemajmukan dan mahabbah (cinta dan kasih sayang) yang wujud dalam masyarakat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan malam gala filem animasi 3D bertajuk Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal (UIKST) di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur malam tadi.
Beliau berkata, animasi Upin dan Ipin terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd akan dibawa ke pasaran antarabangsa seperti United Kingdom dan Jepun bagi memperkenalkan karya anak tempatan sekali gus memartabatkan bahasa Melayu.
Maszlee berkata satu perbincangan dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan dilaksanakan dalam masa terdekat bagi merealisasikan perkara tersebut.
"Kita sering melihat animasi dari Jepun dan Hollywood masuk ke negara ini dengan lagu mereka menjadi ikutan anak-anak, jadi kita mahu tunjukkan Upin dan Ipin ke dunia luar bagi memperkenalkan bahasa Melayu ke persada antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd Burhanuddin Md Radzi berkata filem animasi 3D UIKST yang bakal disiarkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac ini menelan belanja hampir RM20 juta.
BACA: Filem Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal angkat kisah rakyat
Menurutnya, filem tersebut bersedia memasuki pasaran luar seperti Taiwan selain Indonesia dengan kualiti alih bahasa yang dilakukan di luar negara supaya animasi tempatan dikenali di peringkat antarabangsa serta setanding karya-karya besar di luar negara.
"Filem ini mengambil masa lima tahun untuk penyelidikan dan penghasilan teknikal yang setanding filem animasi antarabangsa dengan mengutamakan budaya negara ini," katanya.
BACA: Tayang cerita P. Ramlee, Upin & Ipin, menteri mahu guru lebih kreatif ajar BM di SJK
UIKST berkisar tentang pengembaraan Upin dan Ipin ke sebuah kerajaan Inderaloka selepas menemui sebilah keris Melayu dalam bilik stor milik Tok Dalang bernama Keris Siamang Tunggal.
Pengembaraan itu membawa kembar comel dan nakal itu bertemu pelbagai watak dongeng popular tempatan antaranya Mat Jenin, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dan Pak Belalang.
Filem itu juga bakal ditayangkan di Indonesia, Brunei dan Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2019
Maszlee menandatangani poster filem terbaru Upin & Ipin pada Program Tayangan Premier Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur, 5 Mac, 2019. Turut sama, Burhanuddin (kanan). --fotoBERNAMA
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
RM651 juta pampasan dibayar kepada pemilik tanah
Sebanyak RM651 juta jumlah pampasan telah dibayar kepada 1,591 pemilik tanah dan struktur yang terlibat dalam pembinaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Jabatan Perhutanan Sabah kutip hasil RM155.32 juta pada 2023
Jabatan Perhutanan Sabah berjaya mengutip hasil sebanyak RM155.32 juta pada 2023, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diberitahu pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy adalah antara mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Pangkalan TLDM Lumut pada Selasa.
Australia mahu perkukuh hubungan dengan Sabah
Australia berminat untuk mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Sabah, selain melihat kepada peluang perdagangan baharu.
Jasad Joseph Kurup selamat dikebumikan
Jasad mendiang pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan di Empire Paradise Christian Memorial Park, Penampang pada Selasa.
Nahas helikopter Lumut: 'Arwah orang yang baik, tegas dan hormat orang tua'
Jirannya, Mohd Nazri Abu Samah, 55, berkata, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham hujung tahun lalu, ketika Allahyarham pulang menziarahi keluarganya.
Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas
Semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.
Felicia cukup penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Ahli keluarga salah seorang mangsa nahas helikopter TLDM yang terhempas di Lumut, Perak pada Selasa.
Industri kreatif digital Malaysia rekod eksport berjumlah RM1 bilion pada 2022 - Gobind Singh
Gobind berkata, negara memiliki lebih 300 studio yang terlibat dalam animasi, permainan, filem dan pelbagai aspek teknologi kreatif.
Nas-T terpilih terajui Keluang Man
Nas-T dipilih daripada lebih 300 calon atas faktor kemampuannya menterjemah penjiwaan seperti yang dikehendaki watak berkenaan.
Ini 4 sebab kenapa anda perlu tonton filem The Little Mermaid
The Little Mermaid. Sebuah kisah dongeng yang mengangkat kecintaan si duyung bernama Ariel terhadap kehidupan manusia di darat.
Kerajaan teliti cadangan wajib tayang untuk animasi tempatan di saluran televisyen
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia meneliti keperluan untuk menetapkan kuota khas wajib tayang untuk syarikat televisyen tempatan menyiarkan animasi tempatan di saluran masing-masing.
Didi & Friends The Movie papar kualiti lebih menarik, hiburan seisi keluarga
Berbeza dengan siri televisyen, Didi & Friends The Movie memperlihatkan kualiti produksi dan jalan cerita yang lebih menarik.
'Mechamato' bakal ditayang 8 Disember ini
Penggemar siri animasi 'BoBoiBoy' tidak akan mahu terlepas aksi siri dan filem animasi 'Mechamato' ciptaan syarikat MONSTA yang akan ditayangkan tahun ini.
Selepas lebih 20 tahun, Borhan si Keluang Man bakal kembali
Selepas lebih dua dekad, siri animasi legenda Malaysia yang menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat tempatan bakal diangkat ke layar perak.
Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.
Industri kreatif tempatan raih RM42 juta dalam jualan, peluang komersial - MDEC
MDEC bimbing sembilan syarikat kreatif melalui keputusan penting dan pencetus perjanjian perniagaan untuk membina rangkaian dan memacu perniagaan.
Lukisan watak puteri Disney diberi sentuhan busana nusantara
Setiap karakter mempunyai penampilan, personaliti dan kostum tersendiri termasuk bergaun kembang sehingga menjadi ikutan dan kegilaan terutama dalam kalangan kanak-kanak perempuan.