awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kartunis Zunar direman sehari untuk bantu siasatan

Bernama
Bernama
27/11/2016
05:47 MYT
Kartunis Zunar direman sehari untuk bantu siasatan
Semalam, kartunis itu ditahan di balai polis Timur Laut selepas hadir ke balai polis itu pada 6 petang setelah diminta berbuat demikian. - Foto Bernama
Polis mendapat perintah reman selama sehari ke atas seorang kartunis kontroversi, Zunar, bagi membantu siasatan berhubung pameran kartun di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang didakwa berbaur hasutan.
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen George Town Mohd Harith Mohd Mazlan.
Peguam Ram Karpal Singh yang mewakili Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque, berkata anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan serta di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.
Ram berkata pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah untuk mereman kartunis itu selama empat hari namun beliau membantah permohonan itu dengan menyatakan bahawa tempoh satu hari sudah mencukupi untuk pihak polis melengkapkan siasatan mereka.
"Anak guam saya memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini dan beliau akan dibebaskan petang ini dengan jaminan polis," katanya.
Semalam, kartunis itu ditahan di balai polis Timur Laut selepas hadir ke balai polis itu pada 6 petang setelah diminta berbuat demikian.
Jumaat lalu, Pemuda UMNO Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung pameran kartun oleh kartunis itu di Komtar yang menurut mereka kartun-kartun itu memaparkan gambaran negatif tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kartunis Zunar
#pameran kartun
#Peguam Ram Karpal Singh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan