Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mematahkan penyeludupan 712 kilogram (kg) sisik tenggiling bernilai RM9.18 juta dalam dua kes berasingan awal bulan ini.
Penolong Ketua Pengarah JKDM, Datuk Paddy Abd Halim berkata ia adalah kes terbesar yang direkodkan setakat ini tahun ini melibatkan penyeludupan sisik tenggiling ke Malaysia.
Bagi kes pertama katanya, sebanyak lapan guni disyaki barangan larangan import tiba di Kastam Kargo KLIA pada 1 Mei menerusi penerbangan Emirates Airline dari Accra, Ghana yang transit di Dubai sebelum ke KLIA.
"Satu pasukan bahagian penguatkuasaan JKDM KLIA menjalankan pemeriksaan ke atas guni-guni tersebut pada 2 Mei dan menemui 408 kg sisik tenggiling bernilai anggaran RM5.26 juta," katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Beliau berkata bagi kes kedua, sebanyak 10 guni disyaki membawa barangan larangan import tiba pada 2 Mei melalui penerbangan Kenya Airways dari Kinshasha, Congo ke Nairobi, Kenya sebelum transit di Dubai dan seterusnya melalui penerbangan Emirates Airways ke KLIA.
Paddy berkata hasil pemeriksaan rapi yang dijalankan pada 3 Mei menemui kira-kira 304 kg sisik tenggiling dengan nilai anggaran RM3.92 juta.
"Bagi kes pertama, guni-guni berkenaan diisyhtiharkan sebagai produk umum di dalam surat muatan udara manakala bagi kes kedua dicatatkan sebagai herba kering," katanya.
Paddy berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat memandangkan kesemua guni berkenaan dialamatkan kepada syarikat dan alamat palsu di Nilai, Negeri Sembilan.
Ditanya sama ada Malaysia adalah destinasi terakhir sisik tenggiling berkenaan, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan.
Katanya kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh didenda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Paddy berkata sisik tenggiling dilarang pengimportannya di bawah Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) kecuali dengan permit.
Katanya ia juga disenaraikan sebagai barang dilarang import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian III kecuali dengan permit import dari Perhilitan.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Perhilitan, Rozidan Md Yasin berkata lebih 1,400 ekor tenggiling dianggarkan dibunuh bagi mendapatkan sisik dalam jumlah tersebut.
"Seekor tenggiling dianggarkan seberat 5kg hingga 7kg dengan sisik seberat 0.5kg. Jadi untuk mendapatkan 712kg, lebih 1,400 ekor tenggiling telah dibunuh," katanya.
Menurut Rozidan sisik tenggiling biasanya digunakan secara tradisional untuk tujuan perubatan seperti menyembuhkan demam, malaria dan menambah tenaga walaupun tiada bukti secara santifik bagi menyokong dakwaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2017
Penolong Ketua Pengarah Kastam Datuk Paddy Abd Halim (tiga, kiri) menunjukkan sisik tenggiling yang dirampas oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Kastam rampas Range Rover bernilai hampir RM2 juta tiada AP
JKDM Zon Tengah menyita sebuah kereta mewah jenis Land Rover Range Rover SV Auto yang tidak mempunyai permit import (AP) dianggarkan bernilai hampir RM2 juta.
Kurma dari Israel: Matahari mohon maaf, akui terlepas pandang
Matahari mengakui terlepas pandang berhubung asal usul produk itu semasa proses pelabelan.
DBKL tutup serta-merta pusat hiburan
Premis tersebut dikenakan tindakan di bawah bawah Seksyen 17, Akta Hiburan 1992.
Kastam Johor rampas rokok keretek, putih seludup bernilai RM1 juta
JKDM Johor merampas 2.35 juta batang rokok keretek dan putih dipercayai diseludup bernilai RM1 juta dalam serbuan di sebuah kedai di Shah Alam, Selangor pada 9 Jan lepas.
Kastam Perlis rampas sembilan motosikal berkuasa tinggi
JKDM Perlis merampas sembilan motosikal berkuasa tinggi dianggar bernilai RM1.13 juta termasuk cukai di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian, 16 Jan lepas.
Cubaan bawa masuk 17,000 unit pistol angin RM4.4 juta gagal
Cubaan membawa masuk 17,000 unit pistol angin bernilai RM4.4 juta gagal apabila dikesan JKDM sebelum sebuah kontena dirampas di Pelabuhan Barat.
Kastam rampas daging lembu, babi RM2.6 juta
JKDM merampas daging lembu dan babi seberat 164,800 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM2.6 juta.
PM umum RM50 juta tambah baik perumahan Kastam, janji bonus lebih baik
Perdana Menteri mengumumkan peruntukan RM50 juta bagi menambah baik perumahan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tahun 2024.
Kastam bongkar makmal proses ubat batuk tiruan, campur ketum
JKDM membongkar kegiatan pemalsuan ubat batuk berjenama sedia ada di pasaran selepas menyerbu sebuah rumah sewa di Simpang Empat, di sini yang dijadikan makmal pemprosesan.