Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lahad Datu mencatat kutipan RM150.63 juta hasil cukai pada tahun lepas, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Zulkefli Ibrahim.
Katanya, angka pungutan itu disasarkan bertambah pada tahun ini berdasarkan beberapa faktor penyumbang kepada prestasi hasil JKDM Lahad Datu iaitu pertumbuhan kawasan industri sawit serta pembangunan rumah kedai.
"Di samping itu, ia turut dipengaruhi oleh kerancakan pengeksportan barang-barang berasaskan industri perladangan kelapa sawit," katanya pada majlis penyerahan projek siap pembinaan Pejabat JKDM Lahad Datu di sini, pada Khamis.
Dalam pada itu, Zulkefli berkata JKDM sebagai pemacu ekonomi negara mesti melaksanakan penambahbailan signifikan bagi memantapkan keupayaan serta kapasiti organisasi untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kastam.
"Dengan adanya pejabat baharu ini yang lebih selesa, diharapkan pegawai serta anggota kastam dapat memberikan satu komitmen tinggi dalam menghasilkan perkhimatan berkualiti, berinovasi, dan memenuhi jangka harap pelanggan serta pemegang taruh," katanya lagi.
Hari ini, JKDM Lahad Datu menerima sebuah blok bangunan dua tingkat bernilai RM21.7 juta, yang dilengkapi kemudahan termasuk stor barangan rampasan, dewan seminar serta surau.
Projek pembinaannya mendapat kelulusan Kementerian Kewangan pada tahun 2014 di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan kos siling RM23.38 juta.
Projek Pejabat JKDM Lahad Datu ini dapat disiapkan 26 hari lebih awal dari tarikh siap semasa yang dijangka pada Mac 2019 dan projek ini sekali gus mendapat sijil menduduki (OC) pada Julai 2019 selepas melalui pelbagai prosedur.
Pejabat Kastam lama terletak di Jalan Kastam, yang dikelilingi dengan pelbagai kilang termasuk kilang proses kelapa sawit, kilang simen dan kilang tepung.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 05 2019
Bangunan baharu JKDM Lahad Datu bernilai RM21.7 juta. -Facebook JKDM-Lahad-Datu
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, 38, dengan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
Kerajaan jangka hasil cukai melebihi RM139 bilion bagi tahun 2022 - PM
Menyokong hasrat ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri melalui pengurusannya perlu merangka pelbagai strategi jangka pendek dan sederhana untuk mencapai sasaran kutipan yang ditetapkan.
Kastam Lahad Datu kutip hasil RM150.63 juta tahun 2018
Kementerian Kewangan pada tahun 2014 meluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dengan kos siling RM 23.38 juta.
Rakyat Malaysia berjaya di luar negara disaran bantu bina Malaysia Baharu
Seperti disebut firma pengurusan pelaburan global, Schroders, dalam laporannya bagi Jun, antara masalah yang terus melanda ekonomi Malaysia sejak beberapa dekad lepas ialah penghijrahan cerdik pandai.
Hasil negara dianggar berkurangan RM21 bilion tahun ini
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata kehilangan hasil cukai berasaskan kepenggunaan bersih adalah berjumlah RM17 bilion bagi tahun 2018.
Jumlah pendaftaran e-filing meningkat 12.9 peratus - LHDN
Datuk Sabin Samitah sejak ia dibuka pada 1 Mac lalu, sebanyak 1.2 juta pendaftaran e-filing telah diterima.