awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kastam lancar Ops Letup banteras penjualan mercun bunga api haram

Astro Awani
Astro Awani
07/05/2019
13:30 MYT
Kastam lancar Ops Letup banteras penjualan mercun bunga api haram
Zulkurnein semasa melakukan tinjauan di Bazar Ramadan Seberang Jaya hari ini. Astro AWANI
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas bagi membanteras penjualan mercun dan bunga api secara terbuka di bazar Ramadan di seluruh negeri itu.
Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan negeri, Zulkurnein Abd Rahman berkata, sebanyak 15 pasukan terdiri daripada 55 anggota dan pegawai akan terlibat dalam Ops Letup 2019 yang akan diadakan sepanjang bulan Ramadan ini.
Katanya, pemantauan akan dilakukan secara bergilir-gilir bermula pada Selasa hingga 2 Jun depan dalam memastikan tiada mercun dan bunga api yang tidak dibenarkan dijual kepada orang awam.
Pasukan khas itu, tambahnya, turut akan melakukan pemantauan di pelabuhan negeri itu serta pemeriksaan di kedai runcit, serta mengadakan sekatan jalan raya.
Selain penjualan bunga api dan mercun, pihaknya juga turut melakukan pemantauan terhadap aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras.
"Terutamanya, mercun yang di pasar Ramadan, kita akan tumpukan di sekatan jalan raya dan juga, kalau dapat maklumat, di kedai-kedai runcit yang menjualnya.
"Dan juga, ada risikan simpanan di gudang. Ada yang simpan mercun, rokok dan minuman keras. Seterusnya kita akan pantau di pelabuhan yang mempunyai kontena import dari luar negara," kata Zulkurnein.
Beliau berkata demikian selepas pelancaran Ops Letup 2019 di Jabatan Kastam di sini hari ini.
Menurutnya, menerusi ops tersebut, pihaknya juga akan bekerjasama dengan beberapa agensi penguatkuasaan lain antaranya Pasukan Polis Marin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Katanya, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang didapati ingkar dan menjual barangan seludup tersebut.
Dalam masa sama, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan bahan api terlarang dan sebarang aktiviti penyeludupan rokok serta minuman keras agar menyalurkan maklumat kepada pihak Kastam .
Terdahulu beliau turut melakukan tinjauan di bazar Ramadan Seberang Jaya bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan pembeli agar tidak menjual dan membeli bunga api secara terbuka.
Topic Berkaitan
#bahan api terlarang
#Bazar Ramadan
#bunga api
#haram
#kastam
#kedai runcit
#mercun
#minuman keras
#pasukan khas
#pembeli
#peniaga
#penyeludupan
#polis
#Ramadan
#rokok
#Sekatan Jalan Raya
#Zulkurnein Abd Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan