Tutup

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat cadang RCI salah laku hakim ditubuhkan

Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat cadang RCI salah laku hakim ditubuhkan
Lim Kit Siang berkata pihak kaukus juga bersama-sama masyarakat Malaysia amnya, amat mengambil berat akan hal ini atas nama menjaga institusi kehakiman negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu ditubuhkan bagi merungkai isu dakwaan salah laku beberapa hakim kanan negara.

Menurut Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat, Lim Kit Siang penubuhan RCI penting bagi memelihara integriti dan kebebasan badan kehakiman.

Kit Siang menjelaskan kaukus tersebut memandang serius isu dibangkitkan hakim terbabit yang mendapat liputan meluas dalam dan luar negara.

"Pihak kaukus juga bersama-sama masyarakat Malaysia amnya, amat mengambil berat akan hal ini atas nama menjaga institusi kehakiman negara,” katanya selepas mesyuarat kaukus tersebut di bangunan Parlimen pada Isnin.
Baru-baru ini, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer, dalam afidavit setebal 63 muka surat, mendakwa berlaku campur tangan terbuka badan itu, membabitkan salah laku hakim mahkamah rayuan dan persekutuan.

Ia termasuk campur tangan dalam keputusan rayuan kes hasutan mendiang Karpal Singh di Mahkamah Rayuan.
Sementara itu, mengulas inti pati mesyuarat, Pengerusi Kaukus Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kaukus mencadangkan wujud penyertaan wakil Dewan Negara bagi memberi bidang kuasa yang lebih besar kepada jawatankuasa terbabit.

“Mesyuarat seterusnya akan membincangkan mengenai beberapa perkara, termasuk isu kemiskinan bandar, harga barang dan pendapatan rakyat yang menjadi antara masalah besar negara.

“Kita akan minta wakil daripada Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi (ICU) untuk hadir pada mesyuarat berkenaan,” katanya sambil mengakui kaukus turut membincangkan isu berkaitan prestasi pengurusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).




Tag: Malaysia, Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Dewan Rakyat, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, hakim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.