awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawal diri daripada terpengaruh dakyah Syiah - Asyraf Wajdi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/04/2016
12:30 MYT
Kawal diri daripada terpengaruh dakyah Syiah - Asyraf Wajdi
ASYRAF WAJDI: Walaupun fatwa pengharaman sudah dikeluarkan, penyebarannya sukar disekat kerana keterbukaan di internet. -Gambar fail
Setiap individu perlu menyekat diri sendiri daripada terpengaruh dengan penyebaran ajaran Syiah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata walaupun fatwa pengharaman sudah dikeluarkan, penyebarannya sukar disekat kerana keterbukaan di internet.
"Pemantauan serta penguatkuasaan kementerian berkenaan terhadap bahan bacaan berunsur Syiah juga tidak pernah berkurangan.
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa mengawal kemasukan buku-buku yang boleh memesongkan walaupun mendapat kritikan dengan alasan melanggar dasar hak asasi.
"Kita perlu berpegang kepada Perlembagaan. Agenda menangani penyebaran ajaran sesat ini sudah lama kita laksanakan.
"Agenda menangani ajaran Syiah juga tidak boleh diletakkan kepada bahu kerajaan semata-mata," katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Seminar Antarabangsa Gerakan Syiah dan Kesannya Terhadap Dunia Islam 2016 (SGS16) di sini, hari ini.
Ia dianjurkan Jawatankuasa Ulama, Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Jabatan Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (Accin).
Dalam pada itu, Dr Asyraf berkata, kerajaan tidak akan menyekat kemasukan pelajar yang didapati mengamalkan Syiah selagi tidak terdapat unsur penyebaran ajaran itu.
Fahaman syiah diharamkan kerana ajarannya menyeleweng, menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar serta boleh menimbulkan bahaya dan perpecahan kepada umat Islam.
Terdapat 22 elemen yang dikenal pasti terkandung dalam fahaman Syiah dan telah diwartakan menyeleweng oleh jawatankuasa berkenaan.
Antaranya, mempercayai kemunculan Muhammad bin Hassan Al-Aksari sebagai Imam Mahdi bersama kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan; mempercayai hanya Saidina Ali sahaja yang menghimpun Al-Quran dengan sempurna dan menyamakan taraf Saidina Ali dengan Allah.
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#Gerakan Syiah
#IKRAM
#KDN
#penyebaran ajaran syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan