awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kawasan tercemar Sungai Kim Kim sudah selesai dibersihkan

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2019
06:52 MYT
Kawasan tercemar Sungai Kim Kim sudah selesai dibersihkan
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata 1.5 kilometer sungai tercemar itu telah dibersihkan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar di Sungai Kim Kim, di sini yang dicemari bahan buangan kimia berbahaya telah pun selesai.
Selepas empat hari, proses itu kini di peringkat pemantauan pula.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, berkata 1.5 kilometer sungai tercemar itu telah dibersihkan.
Hari ini proses pemantauan berjalan melibatkan 30 pasukan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia di 30 sekolah yang lingkungan jarak antara lima hingga sembilan kilometer dari sumber tercemar.
“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kimia Malaysia akan digerakkan bagi memeriksa kualiti udara di 30 sekolah dalam radius antara lima hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim, hari ini.
“Sebanyak 30 kumpulan akan dihantar ke 30 sekolah terbabit berbekalkan alat pengesan gas bagi memantau kualiti udara, selain mengesan sama ada wujud kehadiran gas berbahaya di situ.
“Laporan penuh kualiti udara di lokasi yang dipantau akan diumumkan esok,” katanya selepas melihat persiapan anggota JAS di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah, Pasir Gudang hari ini.
Jelas Bee Yin lagi, alat pengesan udara itu akan mengesan lima parameter kualiti udara seperti oksigen, karbon monoksida.
Sejumlah 250 beg jumbo berisi tanah dan bahan enap cemar serta 350 metrik tan air tercemar telah dikumpulkan dalam operasi yang bermula sejak 13 Mac lalu itu.
Ia akan dilupuskan ke kilang yang telah dilesenkan jabatan alam sekitar.
Topic Berkaitan
#Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Ikl
#Pasir Gudang
#pencemaran alam sekitar
#Sungai Kim Kim
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan