awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Padah parkir bahu jalan, tiga kereta 'disagat' treler
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kayak yang ditemui sah milik warga Singapura - APMM

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
14/08/2019
07:18 MYT
Kayak yang ditemui sah milik warga Singapura - APMM
Kayak serta barangan yang ditemui nelayan tempatan di perairan Pelabuhan Kuantan disahkan milik rakyat Singapura.
Pihak berkuasa pada Rabu mengesahkan kayak dan barangan yang ditemui oleh nelayan tempatan di perairan Pelabuhan Kuantan pada Selasa milik salah seorang rakyat Singapura yang hilang.
Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Maritim Malaysia (APMM) Zon Mersing, Haris Fadzilah Abdullah, pengesahan itu dilakukan oleh keluarga mangsa pada pukul 11.30 pagi ini.
"Kita ada pasukan yang buat kajian dan analisa di mana yang kita syaki mangsa berada. Jadi kita telah wujudkan sektor-sektor pencairan di Endau sehingga berserah.
"Bagaimanapun atas permohonan keluarga mangsa untuk membuat pencarian di pulau-pulau kemungkinan mangsa berada jadi kita laksanakan juga memenuhi permintaan keluarga dengan menghantar bot di sekitar pulau-pulau di Mersing," katanya dalam sidang media di Endau pada Rabu.
Beliau turut memberitahu, sektor pencarian diperluaskan dari 700 kepada 1,200 batu nautika ketika ini.
Semalam, nelayan tempatan menjumpai barangan kira-kira 0.6 batu nautika daripada Pelabuhan Kuantan.
Antara barangan yang ditemui adalah kayak, pendayung, telefon bimbit, pasport dan kad pengenalan Singapura serta beg kalis air berisi pakaian dan dompet milik mangsa.
Sehingga kini seramai 119 anggota dikerahkan bagi mencari mangsa.
Dalam kejadian Khamis lalu, dua mangsa warganegara Singapura dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang selepas kayak dinaiki mereka terpisah dengan 13 rakan lain antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Pertang di daerah itu. BACA: Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing
Topic Berkaitan
#APMM
#barangan
#Berserah
#Endau
#hilang
#kayak
#keluarga
#Malaysia
#mangsa
#Media
#nelayan
#pengesahan
#pulau
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan