awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GV Ride raikan komuniti dengan Santa Claus, kejutan Krismas unik
Bayaran saham KPF tertunggak: Anggota desak penyelesaian segera, ancam piket besar-besaran
Nasry Asfura menang Pilihan Raya Presiden Honduras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KBS bakal lancar aplikasi tarik lebih ramai masyarakat bersukan

Bernama
Bernama
17/08/2019
22:14 MYT
KBS bakal lancar aplikasi tarik lebih ramai masyarakat bersukan
Inisiatif merupakan penambahbaikan bagi program Fit Malaysia untuk menarik lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. - Gambar fail
Kementerian Belia dan Sukan akan menyediakan satu aplikasi bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup lebih sihat, dan menurut Timbalan Menterinya, Steven Sim Chee Keong, perancangan itu merupakan fasa kedua bagi program Fit Malaysia.
"Untuk fasa kedua ini kita akan menyediakan satu aplikasi di mana jika seseorang itu menggunakannya ketika bersenam, mereka akan mendapat mata ganjaran untuk ditukarkan kepada, sebagai contoh, rebat bil elektrik atau diskaun barangan.
"Jadi ini akan memudahkan kepada sesiapa yang mahu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu menunggu acara Fit Malaysia diadakan," katanya ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penutupan Persidangan Teknologi Pelajar Malaysia (MSTC) 2019 di Menara Top Glove, Setia Alam di sini pada Sabtu.
Turut hadir, Penasihat Pembuatan dan Operasi Top Glove, Datuk Dr Andy Soe.
Sim berkata inisiatif itu merupakan penambahbaikan bagi program Fit Malaysia untuk menarik lebih ramai masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.
"Sistem ini mungkin akan dilancarkan akhir tahun ini atau awal tahun hadapan kerana ia melibatkan Teknologi Maklumat yang tinggi, jadi ia akan mengambil sedikit masa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi
#Belia
#Bersenam
#fit malaysia
#gaya hidup sihat
#KBS
#Masyarakat
#mata ganjaran
#rakyat Malaysia
#Steven Sim
#sukan
#Teknologi Maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan