Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.
Ketua Setiausahanya Datuk Seri Alwi Ibrahim, dalam kenyataan hari ini, berkata dua daripada penerbitan itu dikenakan perintah larangan melalui warta kerajaan bertarikh 4 Julai lepas manakala selebihnya bertarikh 18 Julai.
Menurutnya, penerbitan terbabit bertajuk 'Isu Semasa Dalam Risalah: Kahwin Campur Antara Muslim dengan Non Muslim' dan 'Islam and Homosexuality Volume 1', 'Mencontohi Para Wali', 'Syi'ar Manifestasi Tuhan Dalam Wanita', 'Mereka Adalah Teroris', 'Ibnu Taimiyah: Rekam Jejak Sang Pembaharu', 'Kitab Berlian Syahadat', 'Sejarah Syeikh Abdul Wahab Tuan Guru Babussalaam' dan 'Nabiyyurahmah Min Minzoril Qurani Wa Ahlil Bayt'.
Penerbitan lain termasuk '1,000 Hikmat', 'Misteri Alam Arwah: Persiapan Menjelang Ajal dan Kisah-kisah Mayat', 'Senjata Mukmin', 'Sabda Rasulullah S.A.W: Mahdi Aku Ada Dua Tanda'. 'Kissing Cousins? Christians and Muslims Face to Face' dan 'A Treasury of Asian Literature'.
Alwi berkata turut dikenakan perintah larangan ialah 'What Went Wrong? The Clash Between Islam and Modernity in the Middle East', 'Nomad: From Islam to America A Personal Journey Through the Clash Civilisations', 'Lesbian Sex Positions', 'Sexual Intimacy for Women' dan 'The Whole Lesbian Sex Book'.
Justeru, katanya, mana-mana pihak yang mencetak, mengimport, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengedar atau memilkii penerbitan larangan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Menurut kenyataan itu, orang ramai yang mendapati masih terdapat buku larangan tersebut di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di talian 03-88868047 atau faksimili ke nombor 03-88891682 atau layari moha.spab.gov.my. - Bernama
Bernama
Thu Nov 24 2016
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata orang ramai yang mendapati masih terdapat buku larangan tersebut di pasaran boleh membuat aduan kepada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran. - Gambar hiasan
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Menteri Luar Mohamad Hasan adakan lawatan rasmi tiga hari ke China
Menteri Luar akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi di Beijing untuk membincangkan isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang melibatkan kepentingan bersama.
Nahas helikopter: CAAM aktifkan pusat koordinasi menyelamat
Pusat berkenaan mula diaktifkan pada pukul 10.20 pagi bagi penyelarasan operasi menyelamat.
'Hormati hak MCA tidak kempen kecuali calon dari BN' - Pemuda MCA
Pemuda MCA tidak akan menghalang mana-mana parti yang mahu membantu DAP untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB), Mei ini.
Rumah nenek jadi stor dadah
Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai penjaga stor bekalan dadah itu sejak Disember lalu.
Nahas helikopter: Negara berduka cita, PM Anwar utus salam takziah
Tragedi berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada keluarga ATM dan kehilangan besar buat negara, kata Anwar.
Anggota APM meninggal dunia selepas koma 44 hari
Sejak dimasukkan ke hospital, Allahyarham terus tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia selepas 44 hari menjalani rawatan.
Inter Milan ungguli Serie A buat kali ke-20
INTER Milan berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul kejuaraan Serie A kedua dalam tempoh empat tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 2021.
Nahas helikopter: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Lembaga Siasatan akan mengenal pasti punca dua helikopter berkenaan terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM Ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Minit Ahmad Zahid lanjut kontrak bukan satu arahan - Bekas KSU KDN
Alwi Ibrahim berkata, berdasarkan catatan minit oleh Ahmad Zahid pada 18 Okt 2016 yang dihantar kepadanya, ia adalah satu persetujuan.
Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.
Mohd Zubil dilantik Ketua Pengarah APMM yang baharu
Pelantikan sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia yang kelima itu menyaksikan beliau dinaikkan pangkat kepada Laksamana Maritim daripada Laksamana Madya Maritim.
Pakatan Harapan kini sah
Perkara itu dimaklumkan dalam satu status dan beberapa keping gambar yang dimuat naik oleh Facebook Harapan sebentar tadi.
KDN warta perintah larangan terhadap 21 penerbitan
Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata perintah larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan P.U(A) 391 - 401 bertarikh 19 Dis 2017.
KDN larang 21 penerbitan
Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap 21 penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang mengelirukan umat Islam dan memudaratkan moral generasi muda.
KDN, KPT bekerjasama kekang penularan pengaruh Daish di IPT
Pihaknya sentiasa bekerjasama dengan kementerian dan agensi lain terutama dalam perkara membabitkan hal keselamatan negara.
Dakwaan kubur besar Rohingya di Perlis, KPN akan perjelas esok
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan membuat sidang media esok mengenai sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 mayat etnik Rohingya.
KDN batal lesen syarikat kawalan keselamatan
KDN membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank, Subang Jaya.