awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IS: KDN mantapkan keupayaan pemantauan media sosial

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2015
11:53 MYT
IS: KDN mantapkan keupayaan pemantauan media sosial
ZAHID: Jenayah siber sekarang ini menjadi satu cabaran baru untuk polis dan penguasa yang lain. - Gambar Fail
Rakyat Malaysia yang ditahan kerana terlibat dalam kegiatan militan Negara Islam (IS) kini meningkat kepada 95 orang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pemantauan akan ditingkatkan di setiap saluran terutamanya di media sosial.
Dalam usaha mengekang penyebaran ideologi pengganas menerusi internet, Unit Jenayah Siber PDRM menjalinkan kerjasama menyeluruh dengan Polis Antarabangsa (Interpol).
“Jenayah siber sekarang ini menjadi satu cabaran baru untuk polis dan penguasa yang lain. Kami juga melihat pewujudan pejabat Interpol di Singapura dapat membantu Aseanapol untuk negara-negara Asia dan juga PDRM,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KDN 2014 di Serdang pada Khamis.
Kemudahan terkini memerangi jenayah siber dimiliki Kompleks Interpol Global di Singapura membantu PDRM yang sedang membangunkan Sistem Unit Perisikan Pusat (CIU).
Pada masa sama, warga Malaysia di luar negara yang didapati terlibat dengan kegiatan keganasan sedang dipantau.
Polis juga sedang memburu tiga rakyat Malaysia yang baru sahaja pulang daripada menyertai IS di Syria.
Topic Berkaitan
#IS
#KDN
#media sosial
#negara Islam
#Syria
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan