Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'

KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai 'kuasa' dalam agensi penguatkuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguatkuasa yang dirasakan menggugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.- Gambar Fail.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri meminta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon' selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata pihaknya akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terbukti dakwaan itu benar.
"Saya minta pertubuhan bukan kerajaan seperti ini supaya membuat laporan polis. Saya bimbang akan keselamatan mereka sekiranya benar dakwaan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai pendedahan oleh Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan itu yang turut mendakwa kegiatan tersebut wujud sejak bertahun-tahun lamanya.
Nadzim turut mendakwa sembilan dragon itu mempunyai 'kuasa' dalam agensi penguat kuasa di negara ini selain mampu menukarkan penguat kuasa yang dirasakan menggugat kegiatan mereka dalam tempoh 24 jam.

-- BERNAMA