awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN percaya kewajaran perluas sekatan kemasukan pelancong China akan diteliti

Bernama
Bernama
31/01/2020
20:51 MYT
KDN percaya kewajaran perluas sekatan kemasukan pelancong China akan diteliti
Buat masa ini, kerajaan akan mengekalkan status sekatan lawatan sedia ada iaitu terhadap pelancong dari Wuhan dan Hubei sahaja. - ASTRO AWANI / SHAHIR OMAR
Kementerian Dalam Negeri (KDN) percaya jawatankuasa mengenai jangkitan 2019 novel koronavirus akan meneliti kewajaran untuk memperluaskan lagi sekatan terhadap kemasukan pelawat China ke negara ini selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa jangkitan koronavirus sebagai darurat kesihatan global.
Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sementara jawatankuasa yang diterajui Kementerian Kesihatan meneliti kewajaran itu, kerajaan akan mengekalkan status sekatan lawatan sedia ada iaitu terhadap pelancong dari Wuhan dan Hubei sahaja.
"Apapun, jawatankuasa dan Kementerian Kesihatan saya fikir boleh meneliti (kewajaran) dan jika dia (jawatankuasa) kata perlu untuk kita (kerajaan) perluaskan lagi dan dipersetujui kabinet atau diterima maka ini akan kita laksanakan.
"Sementara ini, kita kekalkan dengan status terdahulu (mengadakan sekatan kemasukan terhadap pelancong dari Wuhan dan Hubei sahaja)," katanya kepada media selepas Majlis Perjumpaan Khas Pemimpin Bersama Pimpinan Cawangan, Srikandi Cawangan dan Armada Cawangan di Dewan Serbaguna Pagoh, pada Jumaat.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas pengumuman Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus, hari ini bahawa jangkitan koronavirus yang telah mengakibatkan kematian 170 orang di China sebagai darurat kesihatan global apabila telah merebak ke 18 buah negara.
Di Malaysia, terdapat lapan kes positif dilaporkan setakat semalam dengan kesemuanya adalah membabitkan warganegara China.
Mengulas mengenai tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan keputusan mahkamah menolak beberapa siri tawaran jaminan terhadap suspek kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pula, Muhyiddin berkata keputusan mahkamah itu harus dihormati.
"Apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah, itu tidak ada campur tangan daripada kerajaan. Dia (keputusan) sudah diperhalusi dan mahkamah buat keputusan atas dasar-dasar perundangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#koronavirus
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan