Kerajaan bersedia menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kehilangan paderi Raymond Koh Keng Joo dan aktivis sosial, Amri Che Mat.
Menteri Dalam Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya sedang menunggu laporan rasmi daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mengenai hasil inkuiri awam berhubung kehilangan Koh dan Amri yang dijalankan oleh suruhanjaya tersebut.
"Kita harap SUHAKAM akan kemukakan laporan yang telah mereka siapkan secara rasmi dan biasanya ia akan sampai kepada kita, pihak peguam negara dan perdana menteri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, penubuhan RCI memerlukan persetujuan pendakwa raya selepas kerajaan meneliti keperluan untuk menubuhkanya.
"Kita akan teliti jika ada keperluan untuk membuka semula kes itu," katanya.
Berdasarkan hasil inkuiri awam yang bermula Oktober 2017, SUHAKAM membuat kesimpulan polis Cawangan Khas Bukit Aman bertanggungjawab terhadap kehilangan secara paksa Koh dan Amri.
Koh, 64, diculik ketika memandu oleh sekumpulan lelaki bertopeng di Kelana Jaya, dekat sini, pada 13 Feb 2017 sementara Amri, 44 pengasas bersama Persatuan Kebajikan Harapan Perlis, hilang sejak 24 Nov 2016.
Sementara itu, Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Mah Weng Kwai berkata, laporan hasil inkuiri awam itu akan dihantar dalam masa terdekat untuk diteliti dan diambil tindakan selanjutnya oleh kerajaan.
Laporan ini akan dihantar kepada Pejabat Perdana Menteri, Pejabat Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau juga menyambut baik kesediaan kerajaan menubuhkan RCI bagi menyiasat kes berkenaan.
"Ia perkembangan yang baik, jika RCI ditubuhkan maka siasatan lanjut kes berkenaan akan dapat dibuat secara telus," katanya.
Mah berkata hasil inkuiri awam itu berdasarkan, antara lain, 97 bahan bukti dan keterangan 24 saksi bagi kes Amri manakala 117 bahan bukti dengan keterangan 16 saksi bagi kes Koh.
Semalam,bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan tiada sebarang arahan dikeluarkan oleh beliau, KDN mahupun Ketua Setiausaha KDN kepada Cawangan Khas untuk berbuat demikian.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada sidang media semalam, berkata SUHAKAM perlu mengemukakan bukti mengenai dakwaan pembabitan polis dalam kehilangan Koh dan Amri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2019
MUHYIDDIN: Kita harap SUHAKAM akan kemukakan laporan yang telah mereka siapkan secara rasmi dan biasanya ia akan sampai kepada kita, pihak peguam negara dan perdana menteri. - Gambar fail/BERNAMA
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Reaksi penstrukturan semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Bersama ditalian, Ketua Kluster Mikroekonomi, Pusat Kajian Pembangunan Inklusif dan Lestari (SID), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Mustazar Mansur.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan
KDN menafikan kerajaan terlalu sensitif untuk mendedahkan laporan berhubung kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat secara terhad kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin.
Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas
Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 19 November 2019.
Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat
Isteri Amri Che Mat, Norhayati Mohd Arifin berkata anak-anak mereka masih lagi tertanya-tanya di keberadaan ayah mereka.
KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
Ahli pasukan petugas khas kes Amri dan Koh akan ditambah
Muhyiddin berkata pihaknya berpendapat anggota pasukan petugas khas itu perlu ditambah seorang lagi.
Anggota PPK siasat kehilangan Koh dan Amri, tarik diri
Keputusan terbabit dibuat atas rasa tanggungjawab beliau untuk memelihara integriti dan ketelusan PPK ekoran tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keanggotaan beliau dalam pasukan berkenaan.
Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.
Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil
Isteri kepada Pastor Raymond Koh, Susanna Liew hari ini mendakwa barisan ahli Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan, tidak adil, memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam, SPRM dan NGO.
Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat
Datuk Mokhtar dahulu ketuai jabatan yang telah dikaitkan dengan salah guna kuasa, dalam siasatan berhubung kehilangan Amri pada 2016, kata Norhayati.