awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KDN siasat dakwaan MYEG lantik ejen daftar pekerja asing

Bernama
Bernama
28/11/2015
09:23 MYT
KDN siasat dakwaan MYEG lantik ejen daftar pekerja asing
NUR JAZLAN: Jika dakwaan itu benar, MYEG telah melanggar syarat yang menetapkan syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana ejen luar untuk tujuan tersebut.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiasat dakwaan syarikat MYEG Services Berhad atau pegawainya melantik ejen untuk pendaftaran atau pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) pekerja asing, kata Timbalan Menterinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.
Beliau berkata terdapat aduan bahawa MYEG yang merupakan syarikat tunggal melaksanakan pendaftaran PLKS secara atas talian, telah melanggar syarat yang menetapkan syarikat itu tidak boleh melantik mana-mana ejen luar untuk tujuan tersebut.
"KDN sedang siasat MYEG atau pegawainya jika terlibat, sebab kita terima banyak laporan bahawa syarikat itu melantik ejen untuk daftar pekerja asing.
"Jika benar tindakan mereka ini, ia boleh menyulitkan kerja-kerja Jabatan Imigresen dalam mengawal kemasukan pekerja asing," kata Nur Jazlan.
Beliau berkata demikian selepas mengikuti operasi menahan pendatang asing tanpa izin (Pati) oleh Jabatan Imigresen, Rela dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Bukit Damar, di sini pada awal pagi Sabtu.
Pada 5 Nov lepas, Nur Jazlan berkata MYEG yang juga penyedia perkhidmatan atas talian bagi jabatan-jabatan telah menafikan dakwaan bahawa syarikat itu telah melantik ejen untuk melaksanakan pendaftaran dan pembaharuan PLKS.
Topic Berkaitan
#ejen luar
#ejen pendaftaran
#MyEG
#Nur Jazlan
#pas lawatan kerja
#PLKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan