awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Optik: MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard
Seludup migran: Hukuman penjara 8 tahun empat warga Indonesia kekal
26 negara sertai Piala Dunia Sepak Takraw 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadaan banjir di Kapit, Limbang masih bertahan, sungai di paras bahaya

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2019
03:21 MYT
Keadaan banjir di Kapit, Limbang masih bertahan, sungai di paras bahaya
Limpahan air sungai memenuhi kawasan di bawah rumah panjang di Long Busang, setinggi 0.6 meter. Foto ihsan Sekretariat JPBN Sarawak
Beberapa tempat di negeri ini dilanda banjir sejak Ahad, termasuk kawasan Long Busang dalam daerah Kapit, berikutan kenaikan paras air sungai.
Kenaikan tersebut terjadi akibat hujan berterusan yang turun pada petang Isnin di kawasan hulu Sungai Baloi, mengakibatkan paras air sungai melimpah.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, limpahan air sungai memenuhi padang dan kawasan di bawah rumah panjang di Long Busang, setinggi 0.6 meter.
Bagaimanapun, status banjir pada masa ini di kawasan berkenaan masih bertahan, biarpun dilaporkan cuaca di kawasan berkenaan adalah cerah.
Sementara itu, di daerah Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sarawak telah mengeluarkan bacaan paras bahaya sehingga jam 8 pagi tadi.
Foto ihsan Sekretariat JPBN Sarawak
Foto ihsan Sekretariat JPBN Sarawak
Penduduk yang berada di kawasan rendah, terutama di kawasan Ukong, diingatkan supaya sentiasa berjaga-jaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Pada masa ini, dilaporkan paras air sungai adalah setinggi 6.61 meter dan trend air adalah menaik.
Hujan lebat secara berkala dalam tempoh beberapa jam, terutamanya pada petang Isnin, juga telah menyebabkan kawasan Sekolah Kebangsaan Rc Kubong, Limbang, mula dinaiki air disebabkan limpahan air dari sungai berdekatan.
Foto ihsan JPBN Sarawak
Foto ihsan JPBN Sarawak
Paras air setinggi 0.4 meter telah membanjiri kawasan sekolah tersebut.
Beberapa kediaman penduduk di kawasan sekitar juga turut dinaiki air.
Topic Berkaitan
#air sungai melimpah
#bacaan paras bahaya
#banjir
#Kapit
#Limbang
#Long Busang
#rumah
#Rumah panjang
#Sarawak
#sekolah
#Sungai
#Sungai Baloi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan