Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula

Keahlian cecah 65,000, BROSS bakal dijenama semula
BROSS semakin jadi pilihan penduduk Bumi Kenyalang memasarkan produk jualan dan perkhidmatan menerusi dalam talian. - Foto: Facebook / BROSS Sarawak
KUCHING: Berikutan sambutan yang cukup luar biasa BROSS akan diteruskan. Bagaimanapun ia bukan lagi akronim kepada Bazar Ramadan Sarawakku Sayang sebaliknya bakal dinamakan semula sebagai Bazar Rakyat Sarawakku Sayang.

Bagaimanapun matlamatnya tetap sama iaitu sebagai platform alternatif buat peniaga di negeri ini untuk menjana pendapatan.

Menurut salah seorang pengendali akaun Facebook BROSS, Rokaiah Hassan, langkah menjenamakan semula dibuat berdasarkan prestasi platform berkenaan selepas sebulan dilancarkan.

Mengulas lanjut katanya selepas Ramadan BROSS kini diperluas kepada perkhidmatan lain sekaligus membuka kepada lebih banyak peluang pekerjaan.
“Selepas ni mungkin kita akan ada lagi kepelbagaian dari segi produk seperti ada juga bazar selain daripada makanan, pakaian, perkhidmatan lain-lain seperti penghantar barang," jelas Rokaiah kepada Astro AWANI.

Tambahnya, BROSS sehingga kini telah berjaya mengumpul keahlian seramai 65,000 orang termasuk dari Semenanjung Malaysia.
Sementara itu seorang peniaga mi kolok, Mohd Radziandi Abdullah menganggap keputusannya untuk berniaga menerusi platform BROSS satu tindakan tepat.

Katanya BROSS banyak membantunya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga pendapatannya mampu mencecah RM2,000 sehari.


"Kami banyak menerima tempahan sebelum raya malah dapat tempahan katering pun dari sumber yang sama daripada BROSS.

"Berbanding Bazar Ramadan BROSS lebih mudah” ujarnya.

BROSS  diperkenalkan Kerajaan Negeri Sarawak pada April lepas bagi beri peluang rakyat negeri ini berniaga secara dalam talian susulan larangan pembukaan bazar Ramadan bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.

BACA: E-bazar Sarawakku Sayang bantu usahawan PKS dan 'runner'