Kementerian Wanita dan Pembangunan Keluarga akan memastikan kebajikan dua anak anggota penyelam Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Adnan Othman diberikan perhatian.
Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebajikan berkenaan turut melibatkan soal pendidikan.
"Selain itu, kita juga akan melihat kebajikan keluarganya kerana ayah arwah pun tak berapa nampak dan (arwah) pula ada adik yang pembelajarannya terhad," katanya kepada pemberita di sini, pada Sabtu.
Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa kira-kira setengah jam menziarahi keluarga Adnan, 33 tahun, di Taman Jaya Lukut di sini.
Adnan meninggalkan isteri Norshamiza Salleh, 32, dan dua anak Nur Aisyah Damia, empat tahun, dan Nur Aliyah Maisara, dua tahun.
Dr Wan Azizah yang tiba di kediaman keluarga arwah pukul 9.00 pagi dan disambut bapanya Othman Surati, 69, dan ibu Roonani Abdullah, 58, juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga.
Sementara itu, Norshamiza melahirkan rasa terharu dengan kunjungan timbalan Perdana Menteri.
"Terima kasih atas keprihatinan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dan pihak lain. Itu saja yang boleh saya cakap.
"Timbalan Perdana Menteri pesan kepada saya hidup ini mesti diteruskan, walau apa pun yang berlaku dekat kita, semuanya ada perjalanan yang tersendiri, cuma pengakhiran kita, kita tak tahu dekat mana. Terima kasih atas kata-kata yang sangat baik," katanya.
Norshamiza adalah pengajar di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor.
Rabu lepas, enam anggota penyelam PPDA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang jatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018
Dr Wan Azizah menziarah Norshamiza bersama anak-anaknya di kediamannya di Taman Jaya, Lukut, Port Dickson, 6 Okt, 2018. --fotoBERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
"Abah dah tiada, tak akan pulang lagi", pesan ibu kepada anak
"Abah sudah tiada dan tidak akan kembali lagi". Itu ungkapan yang diulang setiap hari oleh seorang ibu kepada anak perempuannya untuk meyakinkannya tentang kepergian bapa untuk selamanya.
Kebajikan anak arwah Adnan diberi perhatian - TPM
Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kebajikan berkenaan turut melibatkan soal pendidikan.
Bomba lemas: Bapa remaja jatuh lombong ucap takziah
Kawasan lombong itu memang tidak berpagar dan menjadi tempat penduduk termasuk warga asing menangkap ikan.
"Dia baru buat 'surprise' minggu lepas, kali ni dia sudah tiada"
Othman Surati berkata kali terakhir berjumpa dengan anaknya adalah pada 29 September ketika Adnan balik kampung buat 'surprise'.