awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di KBC dijangka padam dalam 48 jam

Bernama
Bernama
06/07/2018
09:41 MYT
Kebakaran di KBC dijangka padam dalam 48 jam
Tangki minyak mentah milik sebuah syarikat swasta terbakar di kawasan Perindustrian Teluk Kalong kira-kira pukul 6.20 petang tadi. Kebakaran tersebut menyebabkan persekitaran kawasan terbabit dipenuhi asap hitam yang tebal.-- fotoBERNAMA
Kebakaran di kilang penapisan tangki minyak mentah Kemaman Bitumen Company (KBC) semalam, dijangka padam sepenuhnya antara 24 hingga 48 jam akan datang.
Ketua pegawai eksekutifnya Sanjay Groover berkata kemalangan yang berlaku pada 6 petang itu telah mengakibatkan kebakaran pada sebuah tangki penyimpanan minyak mentah di kilang penapisan KBC sebelum ia mula merebak ke tangki bersebelahan.
Beliau berkata pasukan bomba telah membenarkan minyak di dalam dua tangki yang terbakar dibiarkan terbakar secara terkawal dan ini menyebabkan api serta asap masih kelihatan di kawasan sekitar.
"Semasa kejadian, kilang penapisan berkenaan tidak beroperasi sejak tiga minggu lalu dan sebaik berlaku kemalangan, bekalan gas asli telah segera ditutup oleh pasukan KBC serta bomba telah dimaklumkan.
"Pada 6.30 petang pihak bomba mengambil alih aktiviti pemadaman seperti yang ditetapkan protokol dan dibantu pasukan KBC. Pasukan pemadam kebakaran dapat mengawal kebakaran dua tangki yang terjejas di kawasan yang terhad tanpa membenarkannya merebak ke kawasan lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sanjay berkata tangki-tangki yang berdekatan disiram dengan air secara berterusan bagi mengelakkan api daripada terus merebak memandangkan stok minyak mentah yang terjejas adalah pada tahap rendah dan ia bagi mengelak situasi menjadi lebih serius.
"Usaha memadam api masih berterusan dan keadaan hari ini lebih baik berbanding semalam. Pasukan KBC sedaya upaya dan sentiasa bersedia melengkapkan diri membantu pihak bomba dalam usaha memadam kebakaran," katanya.
BACA: Tangki minyak terbakar: Seorang cedera, usaha pemadaman masih berjalan
BACA: Tangki minyak KBC terbakar
Pada masa ini, kebakaran itu tidak mendatangkan kemudaratan kepada keseluruhan kilang penapisan KBC atau mana-mana kawasan perumahan dan perniagaan yang berhampiran.
Katanya pihak KBC juga akan melakukan penyiasatan penuh setelah situasi terkawal dan akan berkongsi penemuan penyiasatan kepada pihak berkuasa seperti yang telah ditetapkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#API
#bomba
#KBC
#kebakaran
#kemalangan
#Kemaman
#Kemaman Bitumen Company
#minyak
#Sanjay Groover
#tangki minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan