awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing: Apa yang anda yang perlu tahu?

Faiq Chong
Faiq Chong
13/02/2018
15:13 MYT
Kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing: Apa yang anda yang perlu tahu?
Keadaan bangunan KWSP yang sempat diselamatkan oleh pihak bomba dan hanya di luar bangunan sahaja yang terbakar di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya. - Foto Astro Awani/Shahir Omar
Sebanyak 40 peratus bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya terbakar selepas lapisan luar bangunan (cladding) itu terbakar.
'Cladding' yang mudah terbakar itu juga menyebabkan kebakaran merebak cepat sehingga ke tingkat paling atas bangunan berkenaan di tingkat enam.
Semua 600 pekerja dan pelangan yang berada di dalam bangunan berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dipercayai disebabkan percikan api susulan kerja penyelenggaraan dan ditambah dengan faktor cuaca panas dan angin kuat.
Sementara itu, Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP dalam satu kenyataan media menyatakan pejabat itu ditutup buat sementara waktu.
Kenyataan rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP mengenai pengumuman penutupan pejabat cawangan Petaling Jaya buat sementara waktu ekoran berlakunya kebakaran bangunan di cawangan tersebut.
Kenyataan rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP mengenai pengumuman penutupan pejabat cawangan Petaling Jaya buat sementara waktu ekoran berlakunya kebakaran bangunan di cawangan tersebut.
Timbalan Ketua Eksekutif Operasi KWSP Datuk Mohd Naim Daruwish menegaskan hanya 'cladding' sahaja yang terbakar dan tiada kebakaran yang berlaku di dalam bangunan.
Laporan Bomba menyatakan 'cladding' yang digunakan adalah bahan mudah terbakar seperti yang digunakan di Grenfell Tower di London. Bahan 'cladding' ialah polyethylene (polyfoam), bahan yang mudah terbakar.
Lapisan pelindung luar bangunan (cladding) berfungsi sebagai penebat haba dan rintangan cuaca di samping meningkatkan tahap estetika sebuah bangunan.
Lapisan pelindung luar bangunan (cladding) berfungsi sebagai penebat haba dan rintangan cuaca di samping meningkatkan tahap estetika sebuah bangunan.
Kronologi kebakaran di KWSP Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya
Kronologi kejadian kebakaran bangunan KWSP Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Kronologi kejadian kebakaran bangunan KWSP Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Apa kata netizen?
Ramai pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan berkenaan kejadian kebakaran di bangunan KWSP.
Video KWSP terbakar!! This is truly disastrous. @KWSPBuzz @SinarOnline @501Awani @bernamadotcom @bharianmy @staronline @fmtoday pic.twitter.com/ioBLAi5KjS
— Zainal Abidin (@archer1811) February 13, 2018
KWSP on fire... I hope they don't claw back our 6.90% dividend pic.twitter.com/8bdu8BHu94
— Mr. Chow (@HoRySheed) February 13, 2018
Guys, you don't have to make fun of the KWSP fire. There's nothing funny about it. There could be casualties. A lot of people work there. Just tahan a bit, I'm sure you'll find something else to joke about very soon, you'll get your RTs
— Inbaraj �(@Inbarajs) February 13, 2018
Topic Berkaitan
#cladding
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran
#KWSP
#Petaling Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan