awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran hutan Dungun semakin buruk, dijangka padam seminggu lagi

Aizat Sharif
Aizat Sharif
09/02/2014
07:33 MYT
Kebakaran hutan Dungun semakin buruk, dijangka padam seminggu lagi
Kebakaran hutan paya bakau yang berlaku di Kampung Bahagia Tok Kah, Dungun di sini pada 26 Januari lalu kini semakin memburuk apabila telah merebak ke kawasan di sekitarnya.
Kejadian yang bermula sekitar 1.8 hektar kawasan hutan tersebut kini telah merebak dan memusnahkan 16 hektar kawasan hutan dan ianya masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya.
Difahamkan, kebakaran yang berlaku itu dijangka hanya dapat dipadamkan sebelumnya pada minggu hadapan.
Akhbar Sinar Harian yang dipetik sebelum ini menyatakan bahawa lebih 50 anggota bomba dan penyelamat terpaksa berkampung di dalam hutan tersebut dalam usaha mengawal api daripada merebak.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Nor Azizi Che Noh, keadaan cuaca semasa yang kering serta ditambah tiupan angin yang kencang telah menyebabkan kebakaran tersebut merebak.
“Selain itu kekurangan sumber air juga menjadi cabaran utama dalam memadamkan kebakaran yang berlaku itu. Malah bantuan dari balai luar seperti dari Balai Bomba Marang dan Kuala Terengganu turut diperlukan untuk mengawal api,” katanya.
Topic Berkaitan
#Dungun
#kebakaran
#merebak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan