NATIONAL
Kebakaran kereta berhampiran Stesen LRT Taman Jaya bukan berpunca letupan bom - Khalid

Pasukan Bomba tiba di lokasi pada pukul 1 tengahari berjaya memadamkan kebakaran setengah jam kemudian. - Foto Bernama
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian kebakaran kereta berdekatan dengan Stesen LRT Taman Jaya, Petaling Jaya tiada kaitan dengan letupan bom.
Dalam tweetnya, Khalid memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan enam buah kereta itu dipercayai perbuatan khianat.
Pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut.
Dalam kejadian pada tengahari Isnin itu, orang ramai berhampiran sebuah tempat parkir dekat stesen LRT Taman Jaya panik selepas beberapa kenderaan terbakar.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Siasatan awal mendapati kebakaran melibatkan enam buah kereta itu dipercayai perbuatan khianat. - Foto Bernama
Dalam satu kenyataan media, pihak Prasarana juga mengesahkan kejadian ini tidak menjejaskan operasi LRT dan kebakaran berlaku di luar kawasan Stesen LRT Taman Jaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami