awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Semporna dianggar libat 302 buah rumah

Bernama
Bernama
31/07/2018
16:31 MYT
Kebakaran Semporna dianggar libat 302 buah rumah
Kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna yang berlaku lewat petang Selasa dijangka melibatkan 302 buah rumah dengan lebih 2,000 mangsa. - Astro AWANI
Kebakaran di Kampung Air Hujung Semporna yang berlaku lewat petang Selasa dijangka melibatkan 302 buah rumah dengan lebih 2,000 mangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Semporna, Chacho Bullah berkata angka itu berdasarkan jumlah rumah di empat buah kampung kecil dalam perkampungan air itu yang turut terlibat.
"Kita hanya jangka kebakaran 10 rumah tetapi faktor tiupan angin dengan api besar mengakibatkan empat kampung kecil di dalam Kampung Air Hujung Semporna itu musnah," katanya ketika ditemui di sini, Selasa malam.
Kebakaran pada petang Selasa itu menyebabkan empat kampung kecil di dalam Kampung Air Hujung Semporna musnah. - Astro AWANI
Kebakaran pada petang Selasa itu menyebabkan empat kampung kecil di dalam Kampung Air Hujung Semporna musnah. - Astro AWANI
Sementara itu, Ketua Zon Bomba dan Penyelamat Tawau, Ismaidi Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kebakaran pada 5.58 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.
"Pihak kami menghadapi kesukaran memadamkan api akibat rumah kayu yang dibina rapat," katanya.
Ismaidi berkata kerja-kerja memadamkan api masih dijalankan, melibatkan 43 pegawai dan anggota serta empat jentera dari Balai Bomba Semporna, Tawau dan Kunak selain dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam.
Beliau berkata seorang anggotanya dikejarkan ke Hospital Semporna akibat sesak nafas.
Menurutnya rumah pertama yang terbakar juga sudah dikenal pasti dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung punca kejadian. -- Bernama
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan