Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy menegaskan syarikat tersebut tidak pernah memberikan sebarang dana kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

“1MDB menyambut baik kenyataan yang jelas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tiada dana diberikan kepada PM sebelum ini,” kata Arul dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Arul Kanda dalam kenyataan tersebut, pihaknya sentiasa akur dengan pendirian 1MDB yang tiada sebarang pemberian dana berlaku seperti yang dimaklumkan dalam satu kenyataan media pada Julai 3 lalu.

“Dengan keyakinan kebenaran akan terbukti,” katanya lagi.

“Bagi berterusan menyatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh setiausaha agung PKR Rafizi Ramli dalam blognya semalam, merupakan satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan merupakan percubaan secara sengaja untuk menjejaskan syarikat,” katanya.

Menurut Arul Kanda, meskipun 1MDB telah mengeluarkan ringkasan penggunaan hutang RM42 bilion tersebut pada 3 Jun lalu, yang merupakan maklumat yang didedahkan di dalam akaun diaudit 1MDB dan boleh diperolehi umum, daripada 31 Mac 2010 hingga 31 Mac 2014.