Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Kebenaran latihan penuh berkontak sukan berpasukan dibentang minggu depan

Kebenaran latihan penuh berkontak sukan berpasukan dibentang minggu depan
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga akan membentangkan cadangan penganjuran kejohanan sukan dan rekreasi secara berperingkat bagi pertimbangan Mesyuarat Khas.
PUTRAJAYA : Menteri Belia dan Sukan akan membentangkan kepada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri cadangan membenarkan latihan penuh secara berkontak bagi sukan berpasukan seperti bola sepak dan sukan tempur minggu depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican juga akan membentangkan cadangan penganjuran kejohanan sukan dan rekreasi secara berperingkat bagi pertimbangan Mesyuarat Khas.
"Mungkin akan ada cadangan untuk mengadakan pertandingan bola sepak nanti. Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga akan dengar dulu cadangan KBS dan akan mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sama ada ia boleh dibenarkan atau tidak .

"Hari ini, KBS akan mengadakan satu sesi libat urus bersama pengusaha-pengusaha padang dan gelanggang komersil serta akademi untuk sukan bola sepak dan futsal," katanya dalam sidang media PKPP di sini pada Jumaat. 
Bagaimanapun katanya, keputusan untuk membenarkan aktiviti sukan berkontak bergantung kepada nasihat Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Justeru kepada mereka yang berkaitan, tunggulah kalau boleh atau tidak (dilaksanakan). Kalau boleh, apa SOP ditetapkan," ujarnya. 





Tag: ismail sabri yaakob, Reezal Merican Naina Merican, SOP, KKM, KBS, keselamatan, Majlis Keselamatan Negara, sukan, kesihatan, Malaysia, belia, PKPP, COVID19



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.