awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebimbangan wujud 'kluster gunting rambut': MITI akan teliti pandangan rakyat

Astro Awani
Astro Awani
11/04/2020
08:07 MYT
Kebimbangan wujud 'kluster gunting rambut': MITI akan teliti pandangan rakyat
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi semula keputusan membenarkan kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar fail
Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan memperhalusi keputusan membenarkan kedai gunting rambut beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 28 April, 2020.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau sedar mengenai kebimbangan rakyat berhubung perkara itu yang banyak dibincangkan di platform media sosial termasuk isu kewujudan kluster gunting rambut seperti di luar negara.
Justeru, kerajaan sedia meneliti semua pandangan dikemukakan orang ramai.
"Semalam macam-macam berita yang keluar dan sebagainya di media sosial, Whatsapp membincangkan perkara yang sama.
"Insyaallah saya percaya dan dimaklumkan MITI akan meneliti semua pandangan rakyat dan MITI akan memperhalusi perkara ini," katanya dalam sidang media di sini pada Sabtu.
Pada Jumaat, kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan beberapa sektor tambahan beroperasi antaranya industri automotif, projek pembinaan serta perkhidmatan terpilih termasuk perkhidmatan gunting rambut asas untuk beroperasi secara berperingkat semasa PKP yang masuk fasa ketiga.
Topic Berkaitan
#COVID19
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#keselamatan
#Media
#media sosial
#menteri
#MITI
#rakyat
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan