Tutup

Kebocoran bahan radioaktif di Gudang Pos Aviation, Sepang

Kebocoran bahan radioaktif di Gudang Pos Aviation, Sepang
Menurut komander operasi, kejadian yang melibatkan kebocoran bahan radioaktif dipercayai datang dalam sebuah kotak - Sumber foto Twitter Bernama
SEPANG: Satu kebocoran bahan radioaktif telah dilaporkan berlaku di Gudang Pos Aviation Sdn Bhd berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa  Kuala Lumpur (KLIA ) di sini, pada Khamis.

Menurut Komander Operasi dalam satu kenyataan media, kejadian yang melibatkan kebocoran bahan radioaktif dipercayai datang dalam sebuah kotak.

Pihak JBPM dan Penyelamat KLIA telah menerima panggilan kecemasan sekitar jam 10.42 pagi tadi sebelum  jentera dihantar ke tempat kejadian, menurut kenyataan media itu.

Difahamkan, kebocoran berjaya dikawal dan akan diserahkan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom untuk tindakan selanjutnya.
Kesemua kakitangan syarikat berkenaan juga sudah mengosongkan premis itu sebagai langkah keselamatan.

Astro AWANI sedang memantau perkembangan insiden berkenaan.