awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah ambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu vape - Mukhriz

Bernama
Bernama
06/01/2016
13:50 MYT
Kedah ambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu vape - Mukhriz
MUKHRIZ: Sekarang ini kita belum buat apa-apa ketetapan.
Kedah mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum membuat apa-apa keputusan berhubung penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Jelasnya, buat masa ini kerajaan negeri mahu melihat pendekatan yang diambil negeri lain dan membuat sedikit kajian sebelum membuat pengumuman dalam masa terdekat ini.
"Sekarang ini kita belum buat apa-apa ketetapan. Saya terima laporan soal kesihatan yang jadi asas kenapa Majlis Fatwa haramkan vape, jadi ini pun satu yang kita perlu pertimbangkan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah pada 23 November lepas memutuskan hukum menghisap vape dan shisha adalah haram kerana akan menyebabkan berlaku kemudaratan dan pembaziran kepada masyarakat Islam.
Isnin lepas, Melaka mengambil keputusan mengharamkan penjualan dan penggunaan vape di negeri itu, manakala Negeri Sembilan hari ini membuat keputusan untuk membenarkan penjualannya dengan mengambil kira kepentingan orangbukan Islam yang menghisap vape.
Negeri lain yang turut mengharamkan vape ialah Johor, Kelantan dan Terengganu.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Mukhriz Mahathir
#vape
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan