awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan internet di Iran disifatkan paling teruk dalam sejarah - Pakar keselamatan siber
Iran beri amaran akan bertindak balas jika Amerika lancar serangan ketika protes terus memuncak
Kebakaran hutan musnahkan lebih 100,000 hektar, penduduk di wilayah Western Cape, Afrika Selatan dipindahkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah ibarat gadis yang masih tidur lena - Johari

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
06/08/2019
10:12 MYT
Kedah ibarat gadis yang masih tidur lena - Johari
JOHARI: Kedah ada tempat pelancongan tapi kita tak manfaatkan sepenuhnya.
Keadaan dan situasi terkini negeri Kedah yang masih belum membangun terutama dalam sektor pelancongan diibaratkan seperti seorang gadis yang masih tidur lena dalam tempoh yang sangat panjang.
Itu tegas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat Kedah, Datuk Johari Abdul yang menyatakan bahawa masih banyak keindahan dan keunikan yang wujud di Negeri Jelapang Padi itu belum ditonjolkan serta dipromosikan kerajaan negeri.
Menurut beliau, Kerajaan Negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sepatutnya harus bersungguh-sungguh dalam membangunkan industri pelancongan di negeri itu, terutamanya tarikan yang berasaskan alam sekitar, dan tidak hanya memfokuskan dalam pembangunan infrastruktur di bandar bandar besar sahaja.
"Saya rasa lama dah tidur ni, sebab sayanglah, kita dah lama ada (lokasi tarikan). Macam dengan wakil (DUN) Bayu bahawa (Kedah) ada segala-galanya, Kedah ada tempat pelancongan tapi kita tak manfaatkan sepenuhnya.
“Saya difahamkan kalau kita pergi Langkawi pun, banyak kawasan yang belum kita tembusi. Saya juga terkejut, saya ingat gua kita di Baling belum kita (letak dalam) pasaran, jadi dunia luar nak datang tengok benda macam ni.
“(Pelancong) tak mahu tengok kompleks beli-belah... tempat mereka pun ada. Maka, depa nak tengok keindahan yang ada di tempat kita,” ujar beliau.
Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, berkata demikian ketika ditemui media selepas sesi Perbahasan Usul Menjunjung Kasih kepada titah Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darulaman pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, beliau turut menyatakan sokongan penuh pada saranan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar kesemua adun menyistiharkan harta masing masing bagi mengelakkan negeri tersebut menjadi lubuk kepada gejala rasuah.
Menurutnya, perkara sebegini akan menjadi satu tindakan yang sangat baik terutama kepada rakyat di negeri Kedah dalam mengetahui keadaan serta kedudukan kewangan sebenar mana-mana ADUN, sebelum dan selepas mereka dipilih pada pilihan raya umum yang lalu.
Topic Berkaitan
#Johari Abdul
#Kedah
#Langkawi
#pelancong
#pelancongan
#tarikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan