Kerajaan Kedah dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) akan terus bekerjasama rapat bagi membangunkan ekonomi negeri ini untuk kesejahteraan rakyat terutama dalam pasca pandemik COVID-19.
Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerjasama itu merangkumi pemacuan ekonomi yang mampan dan proaktif, selain daripada rangsangan ke atas ekonomi melalui pembangunan strategik, dorongan pelaburan dan program pemerkasaan rakyat.
"Pendekatan ini telah dirangka khas secara holistik dan inklusif di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) supaya tiada masyarakat yang tersisih dari arus pembangunan.
"Dasar dan pembaharuan yang dilaksanakan untuk pasca COVID-19 akan memperkasakan ekonomi wilayah ini agar kekal berdaya tahan, dengan penyertaan semua lapisan masyarakat demi mengecapi kesejahteraan bersama," menurutnya dalam satu kenyataan pada malam Ahad..
Muhammad Sanusi sebelum itu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri (JPN) Kedah yang turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John.
Pelan Pembangunan Strategik bagi menangani isu-isu pasca COVID-19 di Kedah juga telah dibincangkan pada mesyuarat itu dan dipersetujui untuk pelaksanaan.
Sementara itu, Jebasingam dalam kenyataannya berkata NCIA telah membentangkan pelan pasca COVID-19 dengan pendekatan strategi serampang tiga mata, yang mana tumpuan diberikan kepada pembangunan infrastruktur strategik, mempercepatkan pertumbuhan pelaburan swasta serta memperkasakan rakyat.
"Fokus utama NCIA di waktu ini adalah menangani cabaran yang dihadapi oleh tenaga kerja, perniagaan dan kumpulan rentan akibat penularan wabak ini," katanya.
Menurutnya lagi, pembangunan modal insan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi juga amat kritikal dalam menyokong peralihan ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, inovasi dan teknologi.
"Berlandaskan strategi serampang tiga mata, dan usaha kolaboratif ke arah pemulihan industri-industri pembuatan, logistik dan pelancongan, Kedah disasar mencapai Keluaran Dalam Negeri Kasar berjumlah RM62 bilion menjelang tahun 2027 dan terus berkembang pesat, seiring dengan ekonomi wilayah dan negara," kata Jebasingam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 26 2020
Muhammad Sanusi berkata kerjasama itu merangkumi pemacuan ekonomi yang mampan dan proaktif. - Gambar Sinar Harian
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.