Kerajaan negeri secara dasarnya bersetuju dengan hasrat kerajaan pusat supaya pintu sempadan dengan Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah dibuka secara 24 jam berbanding 18 jam pada ketika ini.
Pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata langkah melanjutkan operasi pintu sempadan itu telah mendapat persetujuan perdana menteri pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-128 di Putrajaya, pada Februari lepas.
"Langkah itu bagi menggalakkan kemasukan pelancong asing dan kurangkan masalah trafik di ICQ terutamanya pada waktu puncak," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini hari ini.
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromsi dengan soal keselamatan dan telah meneliti semua isu berbangkit termasuk kemampuan agensi penguatkuasaan yang bertugas di CIQ itu sebelum membuat keputusan itu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Zaini Jaapar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mahu tahu tujuan kerajaan membuka pintu sempadan 24 jam dan adakah kerajaan bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku.
Ahmad Bashah berkata lanjutan operasi 24 jam CIQ itu dijangka mampu memberi manfaat kepada pembangunan sosioekonomi kerajaan negeri khususnya membabitkan kawasan Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).
"Kita boleh mendapat keuntungan dari sudut pengangkutan (caj dan sebagainya) apabila pelbagai kenderaan dari Thailand terutamanya yang bawa barang-barang pertanian, sayur, buah-buahan masuk ke negara," katanya.
Malah, katanya, rancangan itu mampu merubah wajah Bukit Kayu Hitam kepada kawasan perindustrian yang lebih maju memandangkan kerajaan negeri merancang mewujudkan Zon Bebas Cukai di atas tanah seluas 2,428 hektar di kawasan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2017
Pintu sempadan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bukit Kayu Hitam pada masa ini beroperasi dari 6 pagi hingga 12 tengah malam. - Gambar fail / BERNAMA
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Kes tembakan KLIA: JIM Kedah bantu kesan suspek, kawalan ICQS dipertingkat
Jabatan Imigresen Kedah mempertingkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand bagi mengesan lelaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA.
Maqis Kedah rampas lebih 27,000 kilogram ayam sejuk beku
Maqis merampas 27,564 kilogram keratan ayam sejuk beku di pintu masuk Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.
KPDN rampas 13,300 liter diesel bersubsidi di Kedah
KPDN merampas 13,300 liter minyak diesel bersubsidi dalam dua serbuan Ops Tiris 3.0 di Changlun dan Bukit Kayu Hitam, Kedah.
Jalan baharu ICQS Bukit Kayu Hitam-Sadao direalisasi dalam masa terdekat
Inisiatif jalan baharu yang menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam ke ICQS Sadao, Thailand dekat sini dijangka direalisasikan dalam masa terdekat.
Ubah suai tangki treler, cuba seludup diesel ke negara jiran
Empat buah treler ditahan Jabatan Kastam Kedah di Bukit Kayu Hitam, Kubang Pasu kerana disyaki menyeludup minyak diesel.
Seludup diesel: Tiga lelaki warga Thailand didenda
Tiga lelaki warga Thailand didenda selepas masing-masing mengaku bersalah menyeludup keluar diesel bersubsidi dari negara ini ke Thailand di Bukit Kayu Hitam.
Sembilan ditahan seleweng diesel lebih RM290,000
Sembilan individu ditahan bersama 135,760 liter minyak diesel bernilai anggaran RM291,884 dipercayai untuk diseleweng dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam.
ATM tahan 12 PATI di sempadan Malaysia-Thailand
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) memasuki negara ini melalui laluan di sempadan negara Malaysia-Thailand, pada Rabu.
Sejam tahan sakit tangan kanan tersepit mesin
Bomba ambil masa 40 minit untuk keluarkan tangan mangsa dari mesin pengupas kelapa.
JKDM perketat kawalan pintu sempadan, elak ganja masuk ke Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperketat kawalan di pintu sempadan bagi mengekang aktiviti penyeludupan ganja termasuk produk mempunyai bahan terlarang ke Malaysia.