awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malang bertimpa buat Destiny Udogie, kereta dipecah masuk ketika aksi Spurs
Raja Maghribi sah sertai Lembaga Keamanan Gaza
Kerajaan Gaza sedia pindah kuasa kepada jawatankuasa teknokratik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000

Raffi Bachik
Raffi Bachik
13/01/2018
13:04 MYT
Kedai emas dirompak rugi lebih RM200,000
Siasatan awal mendapati barang kemas bernilai RM200,000 dan wang tunai RM20,000 telah dilarikan. - Gambar hiasan
Pemilik sebuah kedai emas mengalami kerugian kira-kira RM200,000 selepas premisnya dipecah masuk, di Jalan Datuk Gan Heng Soo, Jasin.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Suprintendan Arshad Abu berkata, kejadian yang dipercayai berlaku malam tadi itu, hanya disedari kira-kira jam 10.40 pagi Sabtu oleh pemilik premis apabila mahu memulakan operasi.
Berdasarkan siasatan mangsa yang berusia 58 tahun itu hanya menyedari kedai yang diusahakan sejak lebih 20 tahun itu dipecah masuk selepas mendapati terdapat kerosakan pada peti besi di bilik keselamatan.
Selepas pemeriksaan, mangsa mendapati barang kemas bernilai RM200,000 serta wang tunai RM20,000 telah dilarikan.
Jelas Arshad, mengikut siasatan awal, dipercayai sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Suspek dipercayai masuk melalui bumbung premis dan melarikan diri menggunakan pintu di bahagian belakang.
Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berdekatan dalam mengenal pasti identiti suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Arshad Abu
#Jalan Datuk Gan Heng Soo
#kedai emas
#rompak
#rugi
#wang tunai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan