Kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi sememangnya sesuatu yang tidak dapat dinafikan memberi banyak kebaikan serta manfaat kepada kehidupan seharian.
Namun, di sebalik semua itu terutama kecanggihan telefon pintar menyebabkan ada pihak yang terpaksa 'gulung tikar' kerana perniagaan kedai gambar serta studio perkahwinan milik keluarga yang diusahakan sejak 71 tahun yang lalu terus menanggung kerugian.
Premis yang tidak asing atau dianggap 'legenda' bagi masyarakat tempatan iaitu Chan Sam Lock di Jalan Sultan Idris di sini akan memberhentikan operasi buat selamanya pada 31 Ogos ini.
Pengarahnya, Chan Mun Loong, 63, berkata pihaknya membuat keputusan untuk menutup operasi kedai itu dua bulan lepas apabila ia menanggung kerugian sehingga RM200,000 setahun bagi tempoh dua tahun berturut-turut.
"Kalau dahulu, sehari boleh cetak sehingga 5,000 keping gambar, tapi sekarang 500 keping sehari pun susah sebab ramai ambil gambar gunakan telefon bimbit.
"Telefon bimbit sekarang juga sangat canggih, malah mempunyai resolusi tinggi. Selepas itu, mereka tidak cetak tapi simpan dalam 'pen drive' atau terus kongsi dengan kawan-kawan atau keluarga," katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Chan yang mengendalikan perniagaan kedai itu bersama abangnya, Chan Mun Tong, 71, berkata kos sebulan operasi premis itu adalah kira-kira RM70,000 termasuk utiliti serta gaji pekerja seramai 18 orang.
"Dahulu kami ada kira-kira 50 pekerja tapi disebabkan keuntungan yang semakin kurang, jumlah tersebut dikurangkan dan pekerja yang ada sekarang kami terpaksa berikan pampasan kerana penutupan operasi," katanya sambil melahirkan rasa sedih.
Chan berkata kedainya telah menerima pelbagai anugerah serta memenangi banyak pertandingan antaranya Gambar Perkahwinan Terbaik selain diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Studio Perkahwinan Terbesar di Malaysia pada 1992.
Katanya kedai tiga tingkat itu juga sering menjadi tumpuan pada Aidilfitri untuk mereka yang ingin mengabadikan kenangan bersama keluarga di dalam studio.
Bercerita lanjut, Chan berkata kira-kira lima tahun lepas pihaknya telah cuba menghasilkan dan menjual papan tanda menggunakan lampu LED sebagai antara alternatif untuk menjana keuntungan.
"Tapi tidak berhasil juga kerana keadaan ekonomi yang agak lembap menyebabkan orang kurang berbelanja," katanya.
Chan berkata pihaknya berharap pelanggan yang belum mengambil gambar mereka di kedai itu boleh berbuat demikian sebelum 31 Ogos dan selepas itu mana-mana gambar yang tidak dituntut akan dimusnahkan.
Selain itu, katanya pelbagai pakaian pengantin dan gaun yang ada di premis berkenaan akan dijual kepada butik pengantin serta orang ramai yang berminat.
"Barangan lain termasuk album dan bingkai gambar turut dijual dengan diskaun sehingga 40 peratus," katanya yang akan berehat bersama keluarga selepas ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 16 2017
Premis yang tidak asing atau dianggap 'legenda' bagi masyarakat tempatan iaitu Chan Sam Lock di Jalan Sultan Idris di sini akan memberhentikan operasi buat selamanya pada 31 Ogos ini.
Agong mahu perhatian dan peruntukan saksama di semua negeri, kawal penghijrahan ke ibu kota
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan harapan agar perhatian dan peruntukan dibahagikan secara saksama kepada semua bandar di 13 negeri seluruh Malaysia.
'Lamb shank' percik nasi 'Calcutta' gamit penggemar daging kambing
Cubaan dua rakan memperkenalkan menu lamb shank percik di Bazar Ramadan Stadium Perak membuahkan hasil apabila mendapat sambutan dan laris dijual sejak hari pertama penjualannya.
Permohonan undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun
Selepas selesai urusan meminda Perlembagaan Persekutuan, status permohonan berhubung undang-undang warganegara akan dimaklumkan dalam masa setahun.
KDN beri hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara
KDN sudah memberi hampir 14,000 keputusan permohonan warganegara dan angka itu yang paling tinggi setakat ini.
Setakat 7 Mac tahun ini, semua permohonan sudah selesai - Saifuddin
Anak-anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia akan mendapat kewarganegaraan secara automatik dan bukan lagi secara pendaftaran sebaik pindaan Perlembagaan selesai.
Isu stoking: Pemimpin politik perlu jadi pembina jambatan selesaikan isu sensitif - Anthony Loke
Pemimpin parti politik seharusnya menjadi 'pembina jambatan' dalam mengeratkan semangat perpaduan di negara ini.
Tom dan Fuad Rahman umum nama anak
Pasangan selebriti Tom dan Fuad Rahman melahirkan rasa syukur apabila selesai mendaftarkan nama anak perempuan mereka.
Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu
Namun begitu, pengguna media sosial belum berpuas hati dengan video terbaharu itu, dengan ramai mempersoalkan mengapa ia kelihatan sangat kabur.
Stokin kalimah Allah: Yang di-Pertuan Agong murka, titah tindakan paling keras
Baginda bertitah mahu tindakan paling keras diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah.
AWANI Ringkas: Agong murka isu penjualan stoking tertera kalimah Allah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kedai gambar 71 tahun di Perak bakal ditutup
Kepantasan perkembangan dan kecanggihan teknologi sememangnya sesuatu yang tidak dapat dinafikan memberi banyak kebaikan serta manfaat kepada kehidupan seharian.