awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai gunting rambut tidak sepatutnya dibuka - Abdul Karim

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
11/04/2020
09:15 MYT
Kedai gunting rambut tidak sepatutnya dibuka - Abdul Karim
Sementara itu menerusi siang media sama, Abdul Karim mengumumkan terdapat tujuh lagi kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 334 kes. FOTO: Astro AWANI
‘Kalau tanya saya secara peribadi, kita tidak patut buka lagi barber shop dan salon rambut,’.
Demikian respon Menteri Pelancongan, Kesenian, dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika sidang media harian Jawantakuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak di Kuching pada Sabtu.
Sehubungan itu, kata Abdul Karim pengoperasian kedai gunting dan salon rambut di Sarawak akan dibincangkan sebelum diputuskan kerajaan negeri.
Ini kerana jelas beliau, bukan semua keputusan dicapai di peringkat Persekutuan akan dipersetujui 100 peratus oleh kerajaan Sarawak.
“Kita akan buat keputusan tentang perkara ini untuk negeri Sarawak,” tegasnya.
Ditanya selepas sidang media itu, Abdul Karim berpendapat, pembukaan kedai gunting akan menyumbang kepada kontak rapat sekali gus menjurus kepada peningkatan kes.
Abdul Karim menjawab sebagai respon kepada pengumuman Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berhubung pelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
BACA: PKP: Kedai gunting rambut, dobi antara 9 sektor yang dibenar beroperasi
Sementara itu menerusi siang media sama, Abdul Karim mengumumkan terdapat tujuh lagi kes positif terbaharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 334 kes.
Kesemua kes ini dirawat di Hospital Umum Sarawak (HUS).
Manakala sebanyak 81 kes baharu dikategorikan sebagai Person Under Investigation (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,340 kes.
Topic Berkaitan
#AWANI Sarawak
#barber
#COVID-19
#Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah
#gunting rambut
#Hospital Umum Sarawak
#Jawantakuasa Pengurusan Bencana Negeri
#Kuching
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan