Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.
Tinjauan Astro AWANI mendapati khemah-khemah peniaga yang diletakkan di atas tapak parkir seperti didedahkan dalam video ‘Asri Janggut’ baru-baru ini juga sudah tidak kelihatan.
Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama.
Menurut mereka, kawasan berhampiran yang biasanya dipenuhi peniaga kini juga lengang kerana peniaga bimbang barangan mereka turut disita dan dirampas dalam operasi pihak berkuasa.
Tinjauan Astro AWANI ke lokasi lain juga mendapati beberapa gerai yang difahamkan selalunya menjual rokok seludup juga tidak beroperasi pada hari tersebut.
Menurut seorang peniaga berhampiran, semua peniaga itu tidak lagi berniaga selepas kes tersebut tular dalam media sosial selain pihak berkuasa kerap menyerbu kawasan itu dalam beberapa hari ini.
Dalam pada itu, tinjauan mendapati kedai mesin judi yang ditularkan dalam video sama juga tidak beroperasi, pintu ditutup rapat dan tiada langsung motosikal berada di luar premis tersebut.
Begitupun, penduduk setempat mengakui bahawa ada kedai mesin judi di kawasan itu malah mereka memberitahu ia sudah lama bertapak di kawasan itu dan dilakukan secara tersembunyi.
Meskipun sudah berulang kali diserbu namun ia kembali beroperasi beberapa minggu atau beberapa bulan selepas diserbu.
Terdahulu, tular dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Perkara itu mendapat perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan pihaknya akan menyiasat dakwaan tersebut dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memaklumkan, pihaknya telah melakukan enam serbuan di lokasi berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.
BACA: SPRM siasat dakwaan pihak berkuasa lindungi premis judi haram
Pada sidang media sama pihaknya memaklumkan polis akan akan memanggil individu dikenali sebagai Asri Janggut yang disyaki menularkan video berkenaan bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan akan menyiasat dakwaan pihak berkuasa cuba lindungi premis perjudian haram di sekitar kawasan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya pada Isnin.
Astro Awani
Mon Aug 10 2020
Berdasarkan maklumat daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu pada Ahad dan difahamkan kedai menjual buah milik warga asing yang tular itu turut dirobohkan pada hari sama. - Gambar Astro AWANI
PM doakan Faisal Halim segera sembuh
Perdana Menteri titip doa agar Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak.
Tanam padi guna sistem air bawah tanah akan dilaksana atasi kesan kemarau
Kerajaan akan melaksanakan kaedah tanaman padi menggunakan sistem air bawah tanah sebagai persediaan menghadapi cuaca panas yang dijangka lebih buruk tahun hadapan.
Kempen 'RevUp and Register' perkasa penggunaan domain .my
MYNIC, melancarkan kempen 'RevUp and Register' bagi memperkasa pertumbuhan salah satu aset digital negara iaitu nama domain .MY.
59 projek pacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson - MB
Sebanyak 59 projek dicadang dilaksanakan bagi memacu pembangunan pesisiran pantai Port Dickson sekali gus menjadikan ia sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Media arus perdana perlu tingkat kualiti, bersaing dengan wartawan segera
Peningkatan kualiti mustahak bagi memastikan media arus perdana terus menjadi sumber rujukan utama rakyat melibatkan pelbagai isu semasa.
DSA : Simulator pesawat TUDM beri peluang pengunjung kendali pesawat pejuang
Simulator penerbangan FITs dibangunkan TUDM, memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman mengendalikan pesawat pejuang.
Panggung Bangsawan Melaka platform perkasa seni, budaya tempatan - Ab Rauf
Panggung Bangsawan Melaka akan menjadi platform pemerkasaan industri seni dan budaya tempatan warisan kaum berbilang bangsa di negara ini.
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.
Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Agong berkenan serah kunci rumah Yayasan Al-Sultan Abdullah
Yang di-Pertuan Agong berkenan menyerahkan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada penerima di Kampung Sungai Gangchong, Acheh dan Kampung Tanjung Pulai.
Kedai 'warga Acheh' sudah diroboh, ramai peniaga tidak lagi berniaga di tepi jalan
Tiada lagi kelibat peniaga warga asing berniaga di tepi jalan malah kedai menjual buah dan rokok seludup didakwa milik peniaga asing juga sudah dirobohkan.
COVID-19: Hospital Indonesia rayu dibantu tangani wabak
Beberapa hospital di Indonesia mengakui tidak mempunyai peralatan perubatan yang mencukupi sekiranya berdepan dengan wabak COVID-19.
"Disimbah air najis" - Majikan dituduh berzina dengan pekerja wanita
Gara-gara dituduh berzina, pasangan yang bekerja di sebuah syarikat diheret ke tepi jalan dan disimbah dengan air najis.
10 maut dalam kebakaran telaga minyak di Acheh
Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran di sebuah telaga minyak di barat Acheh, hari ini.
Gempa bumi di Sumatra bunuh 22 orang
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.1 pada skala Richte melanda Sumatra semalam dan membunuh kira-kira 22 orang setakat ini.