awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendulang berlesen dibenar mendulang emas di Kelantan mulai 21 Januari
Kerajaan berhak tarik balik bantuan jika kemuka maklumat tidak tepat - MOF
Peningkatan peruntukan BAP bukti Kerajaan MADANI perkasa pendidikan negara - Wong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Rafizi sebagai Ahli Parlimen Pandan kekal - SPR

Hakim Rahman
Hakim Rahman
07/02/2018
07:18 MYT
Kedudukan Rafizi sebagai Ahli Parlimen Pandan kekal - SPR
Kedudukan Rafizi Ramli sebagai Ahli Parlimen Pandan kekal sehingga proses perundangan selesai - Gambar Fail
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA), masih kekal kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Pandan.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata masih terlalu awal untuk pihaknya memberi sebarang komen berhubung kedudukan Rafizi.
"Sama ada boleh atau tidak untuk beliau bertanding pada PRU14 nanti masih belum pasti memandangkan kes tersebut hanya akan menjadi muktamad selepas semua proses perundangan berkaitannya diselesaikan,
"Beliau masih mempunyai hak untuk mengemukakan rayuan, buat masa ini kedudukan beliau selaku Ahli Parlimen Pandan masih kekal," katanya dalam kenyataan.
Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Mohd Rafizi, 41 tahun, kerana membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.
Hukuman sama turut dijatuhkan terhadap bekas kerani bank, Johari Mohamad selepas didapati bersalah bersubahat dengan Mohd Rafizi.
BACA: BAFIA: Rafizi dipenjara 30 bulan
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
Topic Berkaitan
#calon
#Mahkamah Sesyen
#NFC
#Parlimen
#Parti Keadilan Rakyat
#penjara
#PKR
#PRU14
#Rafizi Ramli
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan