awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
Anwar yakin nilai dagangan Malaysia–Turkiye mampu capai AS$10 bilion lebih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehadiran majlis sosial, agama dan rasmi tidak lagi 250 orang mulai 15 Julai

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/07/2020
08:57 MYT
Kehadiran majlis sosial, agama dan rasmi tidak lagi 250 orang mulai 15 Julai
Kerajaan bersetuju menetapkan had maksimum diselaraskan mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial. - Gambar fail
Penganjuran majlis sosial, agama dan rasmi tidak lagi dihadkan kepada 250 orang bermula 15 Julai ini, demikian kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Sebaliknya, kerajaan bersetuju menetapkan had maksimum diselaraskan mengikut kapasiti ruang serta pematuhan penjarakan sosial.
Jelas beliau, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri bersetuju mempertimbangkan semula had maksimum pengunjung dan peserta yang ditetapkan sebelum ini termasuk bagi mesyuarat, perhimpunan, latihan serta jemaah masjid, surau dan rumah ibadah bukan Islam.
"Di masjid sebelum ini kita hanya benarkan setakat satu pertiga daripada keluasan masjid dan rumah ibadat bukan Islam. Jadi untuk menyamaratakan semua sekali, maka mesyuarat bersetuju untuk mengehadkan peserta berdasarkan kepada keluasan tempat, dengan syarat ada pematuhan penjarakan sosial sejauh satu meter.
"Katakan masjid, tidak perlu lagi satu pertiga jika ada penjarakan sosial satu meter.
"Begitu juga majlis perkahwinan di hotel (dan) dalam dewan itu boleh memuatkan 1,000 dan dengan penjarakan sosial boleh ada 800 orang, maka 800 lah.
"Jumlah itu berdasarkan kepada keluasan premis berkaitan," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat. BACA: Alhamdulillah ... majlis kahwin dibenarkan mulai 1 Julai
Sebelum ini, kerajaan bersetuju benarkan jemaah menunaikan solat Jumaat dan berjemaah dengan jumlah jemaah satu pertiga daripada kapasiti ruang masjid.
Topic Berkaitan
#coronavirus
#COVID-19
#Islam
#ismail sabri yaakob
#Majlis kahwin
#majlis sosial
#Solat Jumaat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan