Suasana nyaman dan tenteram dengan pohon-pohon getah serta aliran anak sungai menghiasi persekitaran sebuah rumah yang agak berusia di Kampung Belantik Dalam, di sini.
Di satu sudut rumah itu, kelihatan seorang warga emas sedang duduk sambil menggoreng biji kopi menggunakan dapur kayu sekali gus menghasilkan aroma segar yang dapat dihidu di seluruh kawasan kediaman itu.
Warga emas itu, Mohd Sabiah Kadir, 69, adalah pengusaha kopi tradisional yang telah menjalankan perniagaan itu bersama isteri, Kaedah Ahmad, 65, sejak kira-kira 40 tahun dahulu.
“Biji kopi yang telah dibersihkan perlu digoreng sehingga masak dan kehitaman, selepas itu ia akan dihancurkan sebelum dikisar dan menjadi serbuk kopi.
“Istimewanya kopi saya ini adalah kerana menggunakan kaedah tradisional seperti menggoreng menggunakan dapur kayu dan menghancurkan biji kopi menggunakan lesung hindik,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Mohd Sabiah yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Mat dalam kalangan penduduk kampung berkata, walaupun menggunakan kaedah tradisional, semua proses perlu dijalankan secara berhati-hati bagi menjaga kualiti dan rasa kopi.
Menurutnya, hanya dua jenis biji kopi sahaja digunakan untuk menghasilkan serbuk kopi iaitu Robusta dan Liberica yang kedua-duanya diimport dari Indonesia.
“Selain itu, kami tidak mencampurkan banyak bahan-bahan lain ketika memasak biji kopi, kami hanya menggunakan biji kopi asli dan gula sahaja, itu yang membuatkan rasa kopi lebih asli,” katanya.
Bercerita lanjut, Mohd Sabiah berkata sejak mula diusahakan secara kecil-kecilan pada 1981, serbuk kopinya mendapat permintaan yang amat baik dan kini hampir 200 kilogram serbuk kopi dihasilkan setiap bulan untuk memenuhi permintaan.
“Bagi penduduk kampung di sini depa (mereka) lebih mengenali kopi saya sebagai Kopi Pak Mat, manakala kalau pelanggan dari luar depa panggilnya kopi hindik.
“Alhamdulillah, produk kami ini banyak orang kampung yang tolong promosikan kepada kawan-kawan atau ahli keluarga di luar negeri atau daerah lain, selain itu ada juga agensi-agensi kerajaan dan swasta mai (datang) membeli dan membantu mempromosikan kopi saya ini,” katanya.
Walaupun permintaan yang diterima semakin meningkat, Mohd Sabiah berkata dia dan isteri tidak mampu memenuhi semuanya disebabkan faktor usia.
“Saya dan isteri tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan untuk kuantiti yang banyak, hanya lima kilogram untuk sehari atau dua hari dalam anggaran 30 bungkusan kopi.
“Kami tidak mengupah pekerja kerana tidak ada generasi muda yang berminat nak kerja ini, anak-anak kami pun apabila dapat kerja tetap tidak lagi berminat menyambung perniagaan kami ini,” kata Mohd Sabiah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 05 2020
Mohd Sabiah menunjukkan serbuk kopi yang dihasilkan dan dibungkus dengan berat 500g dan 250g di Kampung Belantik Dalam, Sik. --fotoBERNAMA
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Platform digital bantu Mama Food Marketing pasar produk sejuk beku
Kepesatan dunia digital dengan pelbagai medium komunikasi yang ada ketika ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha berusia 36 tahun ini demi menjamin kelangsungan perniagaannya.
Polis rampas dadah dalam biji kopi dikirim kepada 'musuh John Wick'
Dalam bungkusan kopi sebesar dua kilogram itu, terdapat 150 gram kokain yang diisi secara teliti.
Keistimewaan kopi tradisional Pak Mat
Pak Mat berkata, walaupun menggunakan kaedah tradisional, semua proses perlu dijalankan secara berhati-hati bagi menjaga kualiti dan rasa kopi.
Kopi dicampur serbuk bateri terpakai, abu batu-bata
Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 35 kg serbuk hitam yang dipercayai daripada bateri terpakai, selain cecair hitam seberat 10 kg.
Amaran keras untuk peniaga kopi di California!
Hakim Los Angeles telah memutuskan Starbucks dan penjual kopi lain untuk meletakkan label amaran kanser pada kopi yang dijual di California, hari Rabu.